26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
UtamaBerita UtamaMajlis penutup Olimpik Paris 2024 meriah

Majlis penutup Olimpik Paris 2024 meriah

PARIS: Olimpik Paris 2024 secara rasminya melabuhkan tirai menerusi majlis penutupan yang diadakan dengan meriah di Stade de France.

BERNAMA

Antara artis antarabangsa yang melakukan persembahan adalah Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

Majlis penutup itu bertambah meriah dengan penampilan bintang Hollywood Tom Cruise yang melakukan aksi turun dari bumbung Stade de France sambil diiringi persembahan nyanyian oleh Billie Eilish dan rapper Snoop Dogg yang mewakili tuan rumah seterusnya.

ASTRO ARENA

Mengikut rekod, tiket majlis penutup Olimpik yang paling banyak terjual ialah pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta iaitu sebanyak 8.3 juta tiket.

Olimpik Paris 2024 yang bermula secara rasmi pada 26 Julai telah menyaksikan kira-kira 10,500 atlet dari lebih 206 kontinjen bersaing dalam 329 acara daripada 32 jenis sukan.

Menerusi temasya sukan itu juga, 125 rekod Olimpik dan 32 rekod dunia dipecahkan sejak pertandingan bermula pada 24 Julai.

Seramai 70,000 penonton menyaksikan Majlis penutupan Olimpik Paris 2024 yang dimulakan dengan persembahan budaya dan muzik di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

OLYMPIC.COM Gambar oleh Xu Chang – Pool/Getty Images

Selepas persembahan budaya dan muzik itu, para atlet dilihat masuk ke Stade de France.

Sambil membawa Jalur Gemilang, pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau mengetuai kontinjen Malaysia seramai 10 orang termasuk timbalan Ketua kontinjen Datuk Nicol Daavid, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri dan Bertrand Rhodict Lises.

Bendera Olimpik kemudiannya diturunkan sebaik sahaja Presiden Jawatankuasa Penganjur Paris 2024, Tony Estanguet dan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach selesai berucap.

Selepas itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menyerahkan bendera Olimpik kepada Bach dan seterusnya Bach menyerahkan bendera itu kepada Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass.

Olimpik Paris 2024 ditutup secara rasmi selepas Bach mengisytiharkan sukan ditutup yang kemudiannya disusuli dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan.

Selepas ini, Paris akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Paralimpik yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September depan.

OLYMPIC.COM

Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan di Milan dan Cortina d’Ampezzo, Itali dari 6 hingga 22 Februari 2026. Manakala Sukan Olimpik Musim Panas pula akan berlangsung di Los Angeles, California, dari 14 hingga 30 Julai 2028.

Bagi Los Angeles, itu adalah kali ketiga mereka menjadi tuan rumah Olimpik selepas edisi 1932 dan 1984.

Amerika Syarikat mengungguli Olimpik Paris 2024 dengan pungutan pingat emas sebanyak 40, perak 44 dan gangsa 42 diikuti China dengan pungutan pingat emas sebanyak 40, perak 27 dan gangsa 24.

OLYMPIC.COM

Sementara itu, Jepun pula berada di tangga ketiga terbaik dengan pungutan pingat emas sebanyak 20, perak 12 dan gangsa 13. Manakala Australia pula di tangga keempat dengan pungutan pingat emas sebanyak 18, perak 19 dan gangsa 16.

Malaysia pula berada di kedudukan ke-80 dengan dua pingat perak menerusi sukan badminton hasil kejayaan beregu lelaki Aaron-Wooi Yik dan perseorangan lelaki Lee Zii Jia.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI