24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupBila katerer menghilang diri bersama RM13K, adik-beradik bersatu masak sendiri demi menyelamatkan...

Bila katerer menghilang diri bersama RM13K, adik-beradik bersatu masak sendiri demi menyelamatkan majlis perkahwinan

Tiada perkara lain yang penting pada hari perkahwinan anda melainkan ia sesuatu yang boleh merosakkan hari besar berkenaan.

Pasangan pengantin baru ini hampir menemui jalan buntu dalam majlis perkahwinan mereka tetapi syukur, adik-beradik pengantin perempuan bersatu untuk menyelamatkan hari itu.

TikTok

Satu malam sebelum majlis perkahwinan, pihak katering yang dijangka menyediakan hidangan untuk 1,000 orang tidak dapat dihubungi melalui mesej atau panggilan telefon. Selepas beberapa kali mencuba, adik-beradik itu memutuskan untuk bergerak dan bergegas ke pasar raya berhampiran bagi mendapatkan seberapa banyak bahan yang mereka boleh dan memasak sendiri hidangan untuk tetamu.

TikTok

Menerusi rakaman video TikTok adik-beradik berkenaan, mereka dilihat bergegas membeli barangan keperluan kerana sudah melepasi waktu perniagaan pasar raya.

Sekembalinya ke rumah, ahli keluarga memutuskan untuk terus mencuba, dengan harapan mereka dapat menghubungi wakil katering berkenaan tetapi malangnya tidak berjaya. 

TikTok

Katerer itu secara rasmi menghilang dan terus senyap sunyi, bersama dengan bayaran RM13,000 yang diterima daripada pasangan pengantin baru itu. Buat adik-beradik yang lain pula, mereka menyeru semua yang ada untuk berusaha melakukan yang terbaik demi menyiapkan juadah kepada para tetamu dengan seramai yang mungkin.

TikTok

“Kami berpecah mencari set kerusi meja, ada yang membeli bahan-bahan memasak dan ada yang cari periuk-periuk besar,” kata Burhanuddin, abang pengantin perempuan itu di Facebook.

Mereka berjaga sepanjang malam untuk memasak dan berjaya menyediakan anggaran hidangan ringkas untuk 400 tetamu. 

TikTok

Usaha gigih keluarga berkenaan telah berjaya menyelamatkan hari itu dan selepas majlis perkahwinan, syukur masih ada baki untuk juadah yang mereka masak sendiri untuk tetamu yang hadir.

“Perkara di luar kawalan. Sungguhpun begitu, majlis berjalan lancar dan tiada seorang pun tetamu yang merungut tentang makanan, tetapi dengan kos tenaga dan kerugian RM13,000,” tulis seorang pengguna TikTok.

TikTok

Dengan hikmah di sebalik dugaan besar yang mereka hadapi, ia menunjukkan tiada yang mustahil jika anda sekeluarga bersama saudara-mara dan rakan taulan menjayakan kerja berpasukan, walaupun pada saat terakhir hampir tengah malam.

Sementara salah seorang adik-beradik itu, Najmudin berkata, pada 26 Disember, pihak katering masih belum memberi maklum balas.

“Mereka menyekat kami di mana-mana,” katanya.

Facebook

Najmudin turut memberitahu adiknya yang juga pengantin perempuan telah membuat laporan polis pada malam sebelum majlis perkahwinan apabila adik-beradik lain ditugaskan dengan misi masing-masing.

Kerja berpasukan dan usaha keluarga mulia ini benar-benar mengagumkan, dan ia bukan satu kejayaan kecil. RM13,000 bukanlah jumlah yang kecil untuk anda rugi begitu sahaja, dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab iaitu ARC Catering tampil untuk membayar semula kerugian serta hasil titik peluh penat tidak terkata keluarga ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI