Siapa yang tidak panik apabila tiba-tiba enjin kereta mati ketika di atas jalan raya, tambahan lagi anda berada di persimpangan lampu isyarat dan di barisan hadapan pula.
Mesti kena hon dari belakang kerana telah menyebabkan perjalanan orang lain tidak lancar.
Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pemandu lelaki apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya rosak ketika berada di persimpangan lampu isyarat.
Mungkin rasa simpati memikirkan pemandu berkenaan, tetapi tidak perlu cerita yang panik cuma hendak rasa kagum, apabila abang ini telah dibantu oleh tiga wanita yang bertindak menolak kenderaannya ke tepi selepas lampu isyarat bertukar hijau.
Menerusi video berdurasi 56 saat yang tular di TikTok, Facebook dan X, kelihatan tiga wanita berkenaan bergegas datang dari arah belakang semata-mata mahu membantu pemandu lelaki dalam MPV berkenaan.
Kelihatan salah seorang daripada mereka memakai kain, namun tidak kekok untuk sama-sama memberikan bantuan.
Difahamkan, video dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di belakang MPV yang mengalami masalah enjin itu.
Apa lagi, bila ada video yang macam ini, maka ramailah yang memberi pujian serta kekaguman terhadap ketiga-tiga wanita berkenaan yang selamba sahaja gagahnya ketika membantu pemandu yang berada dalam kesusahan.
“Pertama kali dalam hidup tengok ‘scene’ macam ni. Tabik ‘spring’ kepada mereka yang kuat dan baik hati.
“Siapa cakap perempuan lemah? Tak dengar pepatah ke ‘perempuan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia?
“Perempuan sekarang urat dawai, tulang besi. Semua mereka boleh buat,” kata mereka.
Tonton video di sini.