34.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaRumah dua negara, dapur di Malaysia, ruang tamu di Indonesia

Rumah dua negara, dapur di Malaysia, ruang tamu di Indonesia

Sebuah rumah di gelar rumah dua negara kerana bahagian dapur terletak di Malaysia manakala bahagian ruang tamu pula terletak di Indonesia.

988

Rumah tersebut terletak di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik iaitu di sebelah timur laut Kalimantan.

Oleh itu, rumah ini juga menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

iloveborneo

Rumah ini dimiliki oleh warganegara Malaysia iaitu Anuar Patagang.

Sempadan kawasan kedua-dua negara di dalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah seperti yang dilihat dalam gambar.

988

Bahagian utara dimiliki oleh Malaysia manakala bahagian selatan pula dimiliki oleh Indonesia.

Keunikan rumah tersebut terletak pada dekorasi dalaman yang mengekalkan ciri-ciri dan budaya kedua-dua buah negara.

Dari bahagian ruang tamu hingga luar rumah, Anuar mengecat dindingnya dengan warna putih dan merah sebagai simbolik bendera negara Indonesia.

YouTube

Pagar di bahagian depan rumah juga dicat dengan warna putih dan merah.

Anuar juga meletakkan gambar pemimpin Indonesia iaitu Presiden Joko Widodo di bahagian ruang tamu.

Manakala di bahagian dapur, Anuar meletakkan bendera Malaysia dan gambar bekas perdana menteri terdahulu pada dindingnya.

YouTube

Memandangkan rumah Malaysia Indonesia ini begitu unik, ramai pelancong datang untuk menyaksikan sendiri keunikan rumah berkenaan.

iloveborneo

Pulau Sebatik merupakan pulau dua negara yang tiada sempadan imigresen kerana dikongsi oleh Malaysia dan Indonesia.

Pembahagian pulau ini berpunca daripada perjanjian antara British dan Belanda suatu ketika dahulu.

Selepas kedua-dua negara ini mencapai kemerdekaan, pulau ini dibahagikan sama rata.

Menariknya, tiada pejabat imigresen, sempadan kastam atau pagar berduri yang memisahkan kedua-dua belah pihak.

Penduduk di sana bebas bergerak antara kawasan Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, mata wang yang digunakan di sana ialah mata wang rupiah Indonesia dan ringgit Malaysia.

iloveborneo

Pada tahun 2002, berlaku pertikaian mengenai pemilikan dua pualu di sekitarnya iaitu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.

Namun akhirnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan kedua-dua pulau tersebut kepada Malaysia.

Dengan itu, perjanjian pembahagian Pulau Sebatik menjadi semakin kukuh.

Biarpun dibahagikan, Pulau Sebatik ditadbir secara bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Walau bagaimanapun, kedua-dua buah negara ini mengambil pendekatan pembangungan yang berbeza terhadap Pulau Sebatik.

Indonesia lebih proaktif dalam bidang infrastruktur pulau serta memulakan pelbagai projek pembangunan seperti di Sei Nyamuk dan Mantikas yang memberi manfaat kepada penduduk pulau.

ikanbijak

Sementara itu, di bahagian Malaysia yang termasuk dalam Sabah turut melaksanakan program Mini Estet.

Tujuannya adalah untuk membuka 15 buah perkampungan baharu bagi memperbaiki keadaan hidup dan meningkatkan bilangan penduduk di bahagian utara pulau tersebut.

Pulau Sebatik tidak terlepas daripada cabaran dan kontroversi.

Antaranya ialah pertikaian mengenai sempadan maritim, seperti perairan Ambalat.

Biarpun sehingga kini tiada kata putus mengenai pembinaan halangan fizikal untuk memisahkan kedua-dua wilayah tersebut, penduduk di sana hidup dalam keharmonian.

Bagi mereka, itu lebih penting bagi memastikan perkembangan dan kemakmuran Pulau Sebatik serta kesejahteraan penduduknya terus terpelihara.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI