31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaKanak-kanak melecur di bilik jana kuasa elektrik kini ditidurkan

Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa elektrik kini ditidurkan

GEORGE TOWN: Kanak-kanak melecur di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu pada petang Khamis, kini kritikal dan ditidurkan.

Sinar Harian

Menurut Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, tahap melecur badan anaknya Mohd Dawisy,12, adalah 50 peratus.

Ketika ini, mangsa di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketika kejadian berlaku Mohd Khairi berada di Lumut, Perak kerana bertugas.

Namun sebaik sahaja dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditimpa kemalangan, Mohd Khairi bergegas pulang.

Telah menjadi kebiasaan kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut termasuk anaknya bermain bola di gelanggang futsal di situ.

Inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku dan nasib tidak menyebelahi apabila anaknya menjadi mangsa.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian berlaku tetapi dimaklumkan dia masuk ke situ (bilik jana kuasa) untuk ambil bola, kembarnya pula tidak ikut bermain kerana tidur di rumah,” kata Mohd Khairi.

Sinar Harian

Kata Mohd Khairi lagi, Mohd Dawisy memang seorang yang ceria dan aktif terutama dalam sukan bola sepak.

Mohd Dawisy juga pernah mewakili sekolahnya iaitu Sekolah kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2 dalam sukan berkenaan.

“Dia anak yang kuat, saya harap dia dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Mohd Dawisy dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

Apabila bola itu tersasar dan memasuki bilik jana kuasa TNB, Mohd Dawisy cuba mengambilnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut bagi mengambil bola.

Kanak-kanak itu dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik dan terus dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.

Sementara itu ibu mangsa Suhana Samsudin, 37, berkata, dia masih terngiang-ngiang dengan rintihan anaknya yang menahan sakit akibat kecederaan yang dialami.

Jelas Suhana, dia mengetahui khabar malang yang menimpa anak bongsunya itu menerusi kumpulan WhatsApp.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anak saya sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang,” katanya.

Suhana juga turut dihubungi rakan anaknya tidak lama selepas itu yang memberitahu bahawa Mohd Dawisy terbakar.

“Ketika saya sampai anak saya masih berada di situ (kawasan kejadian) dan dibawa ke surau sebelum dihantar ke HPP dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sepanjang tempoh itu anak saya berada dalam keadaan sedar. Dia asyik panggil saya cakap mama tolong adik, adik sakit… tolong adik panas,” katanya.

Sinar Harian

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa mengalami kecederaan selepas tersentuh dengan perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik TNB.

“Pasukan operasi telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan itu selamat dan menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI