29.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBisnes & EkonomiRinggit di paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura

Ringgit di paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura

Ringgit kini berada pada paras terendahnya dalam sejarah berbanding dolar Singapura dengan berlegar sekitar RM3.4047 pada tengahari, 25 Oktober.

Paras itu mengatasi paras terendahnya sebelum ini iaitu 3.4019 yang dicatat pada 10 November tahun lalu.

Terbaharu dolar Singapura mengukuh selepas perangkaan harga pengguna utama Singapura pada April meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan justeru mendorong bank pusatnya, Monetary Authority of Singapore (MAS) untuk mengukuhkan mata wangnya.

Sekadar Gambar Hiasan

Ia berikutan, MAS selaku bank pusat Singapura, menggunakan tukaran mata wang asing sebagai alat dasar utama untuk mengatasi masalah inflasi yang diimport.

Perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan harga pengguna utama Singapura meningkat lima peratus pada April, lebih tinggi berbanding unjuran.

Inflasi teras, yang tidak termasuk pengangkutan jalan raya persendirian dan kos penginapan meningkat lima peratus tahun ke tahun pada April, manakala tinjauan pendapat ahli ekonomi Reuters menjangkakan peningkatan 4.7 peratus.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata beberapa faktor yang mempengaruhi nilai dolar Singapura yang kian meningkat berbanding ringgit, lapor BH.

Beliau berkata, antaranya adalah instrumen dasar monetari Singapura yang mensasarkan kadar tukaran asing.

Justeru, katanya, apabila bank pusat Singapura menaikkan nilai kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (SGDNEER) bagi mengatasi masalah inflasi, maka nilai dolar Singapura akan meningkat.

Bagi Malaysia pula, jelasnya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah instrumen utama dalam mentadbir dasar monetari negara.

“Oleh itu, prospek OPR juga sedikit sebanyak mempengaruhi nilai terutamanya apabila jangkaan OPR yang dijangka kekal stabil pada paras 3.0 peratus.

“Justeru, perbezaan inilah saya kira banyak menyumbang kepada peningkatan nilai dolar Singapura,” katanya.

Mengenai kesan pengukuhan dolar Singapura berbanding ringgit, Mohd Afzanizam berkata, dari segi sektor pelancongan, pelancong dari Malaysia perlu menampung kos perbelanjaan yang tinggi jika ingin melancong ke Singapura.

Begitu juga sebaliknya bagi pelancong dari Singapura mempunyai kuasa beli yang tinggi jika melancong ke Malaysia, katanya.

Jelasnya, kesan limpahan yang positif adalah perbelanjaan dari pelancong Singapura akan merancakkan ekonomi tempatan seperti sektor perhotelan, peruncitan, makanan dan minuman dan pelbagai lagi.

“Bagi mereka yang bekerja di Singapura pula, mereka mempunyai kuasa yang beli yang tinggi disebabkan gaji yang diterima adalah dalam bentuk dolar Singapura.

“Begitu juga sebaliknya jika barangan yang diimport dari Singapura akan perlu membayar kos yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata antara faktor kelemahan ringgit berbanding dolar Singapura adalah disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sekadar Gambar Hiasan

Beliau berkata, secara atas permukaan, mungkin tidak dapat dilihat korelasi antara pengukuhan dolar AS berbanding ringgit dan pengukuhan dolar Singapura berbanding ringgit.

Bagaimanapun, katanya, adalah perlu diketahui bahawa nilai mata wang Singapura diurus dalam lebar jalur yang tidak didedahkan kepada dolar AS.

Oleh itu, jelasnya, pengukuhan dolar AS akan secara tidak langsung mengukuhkan dolar Singapura.

“Namun, terdapat impak positif kepada kelemahan ringgit kerana ini akan menjadikan eksport negara lebih kompetitif, termasuk pelancongan jika dilihat dari sudut pergerakan mata wang saja,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI