33 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024
UtamaKesihatanKKM nasihat orang awam ambil langkah pencegahan kurangkan kesan jerebu ke atas...

KKM nasihat orang awam ambil langkah pencegahan kurangkan kesan jerebu ke atas kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata antara langkah boleh diambil adalah mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan, dan memakai pelitup muka sekiranya terpaksa berada di luar.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

“Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar pernafasan, sekali gus menyebabkan lebih banyak partikulat terampai memasuki saluran pernafasan. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu,” katanya dalam satu kenyataan pada 2 Oktober.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

“KKM akan terus memantau penyakit berkaitan jerebu di klinik sentinel dari semasa ke semasa,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Dr Muhammad Radzi berkata, langkah pencegahan lain termasuk menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan, serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara di dalam rumah atau bangunan, dengan tidak merokok.

Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Selain itu, beliau berkata, menggunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mod) kitaran udara dalaman ketika memandu kenderaan dan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, melalui laman sesawang KKM di https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu.

Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Setakat jam 6 pagi, Khamis (5 Oktober), Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 151.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Tangkak, Johor (102), Bandaraya Melaka (115), Batu Pahat, Johor (117), dan Serian, Sarawak (120).

Sementara itu 53 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, manakala 10 yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI