26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaGaya Hidup“Hargai usaha gigih dia melukis,” Wanita terkejut terima dua keping 'RM20' hasil...

“Hargai usaha gigih dia melukis,” Wanita terkejut terima dua keping ‘RM20’ hasil seni sentuhan tangan tetamu ketika salam kaut

Seorang wanita berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menerima dua keping wang kertas RM20 yang dilukis tangan.

Menerusi video TikTok yang tular dengan lebih 1.7 juta tontonan, wanita itu mendedahkan menerima duit berkenaan ketika salam kaut semasa mengadakan kenduri kahwin.

“Ingatkan salam bagi tisu kosong atau sampul kosong sahaja. Rupanya sekarang lagi maju, ada yang lagi teruk rupanya,” kata pengguna TikTok @jihaaaa98.

TikTok

Dalam video berdurasi 18 saat berkenaan, ketika sedang mengira wang sumbangan kenduri kahwin yang diterimanya, wanita ini perasan terdapat dua keping “RM20” berwarna oren yang telah dilipat.

Kelihatan dua duit kertas yang bukan wang sebenar tetapi kertas berbentuk duit yang telah dilukis sendiri.

“Wang” itu telah dilukis dengan begitu baik sekali lengkap dengan corak penyu, bunga raya Malaysia, serta gambar Agong pertama yang bernombor siri seperti wang kertas RM20 sebenar.

Menurut @jihaaaa98, sampul berisi wang lukisan itu diberi oleh seorang tetamu yang hadir di majlis perkahwinan sepupunya yang diadakan pada 9 September.

TikTok

Namun tidak dapat dipastikan identiti sebenar tetamu yang memberikan wang yang dilukis itu.

Katanya majlis itu diadakan secara sederhana di rumah neneknya di Pahang yang menerima kira-kira 500 tetamu.

Video itu dirakam sewaktu mak ciknya sedang mengira duit salam kaut.

“Mak cik saya yang kira duit tu. Pengirim tu isi duitnya dalam sampul dengan lipat empat dan dimasukkan dua keping itu.

“Bila buka sampul memang nampak macam duit betul. Bila tengok lukisan baru tahu dia bukan duit betul!

“Kami bergelak ketawa sebab sebelum ini memang tak pernah dapat duit macam ini,” kata @jihaaaa98 ketika dihubungi Berita Harian.

TikTok

Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet berpendapat bahawa duit sumbangan tidak seharusnya menjadi faktor apabila hendak menganjurkan kenduri.

“Arwah ayah saya pernah pesan, kalau tak ada duit jangan buat kenduri dan kita buat kenduri sebab nak bagi makan kepada orang lain.”

“Dia lagi rajin lukis daripada cari duit.”

“Kita cuba bersangka baik, mungkin dia segan salam tangan kosong, tak apalah anggap apa yang dia dah makan dalam kenduri tu sebagai sedekah lagi besar ganjaran di sana nanti.”

“Kreatif tapi apa-apa pun, anggaplah sedekah ye, pahala besar tau..”

“Apa yang dia buat ni lebih bernilai dari duit biasa, jadi simpanlah duit lukisan ni buat kenangan..”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI