27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaGaya HidupBeri perhatian ketika berhenti di lampu isyarat melebihi “garisan putih”, pengguna jalan...

Beri perhatian ketika berhenti di lampu isyarat melebihi “garisan putih”, pengguna jalan raya berdepan denda atau penjara

Polis kini sedang melaksanakan Op Garisan Putih, dan ramai warganet telah membuat hantaran di media sosial bahawa mereka telah menerima saman trafik kerana “terlajak melebihi garisan putih”. 

Mereka memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih atau di garisan pejalan kaki akibat kecuaian sendiri, yang menyebabkan mereka terpaksa membayar denda sehingga RM2,000.

Seorang pengguna jalan raya mengadu di media sosial baru-baru ini dengan berkata ketika dia sedang memandu dan memberhentikan keretanya di lampu isyarat, dua pegawai polis trafik tiba-tiba muncul dan menahan empat buah kereta kerana kesalahan berhenti melebihi garisan putih.

Gambar Hiasan

“Mereka berdiri di tepi apabila lampu isyarat bertukar hijau, dan kemudian lampu kembali bertukar merah,” tulisnya.

Hantaran itu mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandang remeh ketika berhenti di lampu isyarat pada masa hadapan, tetapi perlu peka dan memberi perhatian kepada “garisan putih”yang berada di hadapan lampu isyarat, jika tidak mereka mungkin menerima saman trafik.

Ramai yang mengeluh memandu kini kian menjadi sukar, tetapi tidaklah sesukar mana sekiranya kita mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Facebook

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata meletakkan kenderaan di garisan putih atau di garisan kuning laluan pejalan kaki di hadapan lampu isyarat adalah melanggar Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu tidak boleh memberhentikan kenderaan di lintasan.

“Ia menyatakan bahawa pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan,” jelasnya.

Facebook

Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya selain mengundang kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Sesiapa yang menerima saman sedemikian hendaklah menyemaknya secara dalam talian dan membayar saman tersebut. Ingat, peraturan jalan raya tidak salah atau menyusahkan, tetapi sikap anda ketika memandu yang perlu diberi perhatian. Jadilah pemandu yang berhemah dan mengikut segala peraturan ditetapkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI