25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024
UtamaGaya HidupMenitis air mata ayah apabila anak-anak beri kejutan hadiahkan motosikal baru dengan...

Menitis air mata ayah apabila anak-anak beri kejutan hadiahkan motosikal baru dengan plat kegemarannya

Bapa mana yang tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata kegembiraan selepas anak-anaknya memberi kejutan hadiah bermakna sempena Hari Bapa dengan reaksinya itu telah dirakam dan dimuat naik di Twitter.

Bapa itu Azmi Ibrahim, kelihatan dalam video tular berdurasi satu minit sedang berbual dengan seorang jurujual sambil melihat motosikal berwarna merah berplat ‘AMY 5856’.

Twitter

Azmi memberitahu jurujual, nombor plat itu adalah nombor kegemarannya dan bertanya sama ada dia boleh membeli plat tertera nombor ‘5856’.

“Awak suka nombor ni?” tanya jurujual itu.

“Ini nombor plat lori saya, ‘5856’,” balas Azmi.

Twitter

Sepanjang perbualan itu, Azmi ditemani isteri dan anak-anaknya yang memerhatikan si ayah amat berkenan benar dengan motosikal itu.

Ketika bercakap dengan jurujual itu, tiba-tiba Azmi dipegang oleh anaknya, Alif Amirul yang mendedahkan motosikal itu sebenarnya adalah hadiah untuknya.

“Ayah, motosikal ini sebenarnya pemberian kami,” kata Alif.

Twitter

Adik-beradik Alif kemudian menjerit, “Surprise!” kepada Azmi yang terdiam sambil terkejut mendengar pemberian itu.

Selepas memberitahu Azmi bahawa motosikal itu adalah hadiah Hari Bapa, kesemua anak-anak memeluknya dan dia perlahan-lahan mula sebak dan mengesat air mata..

Twitter

Alif berkata bapa dan adik-beradiknya telah menjual makanan di pasar malam berhampiran rumah mereka sejak tahun 1991.

Katanya, bapanya itu tertarik pada nombor plat 5856 kerana lori yang dipandunya untuk membawa makanan ke pasar malam juga mempunyai nombor yang sama.

“Ayah saya telah menggunakan motosikal yang sama sejak 27 tahun yang lalu. Pada suatu hari, dia menunjukkan gambar motosikal impiannya kepada saya dan menyatakan hajat ingin membelinya,” kata Alif kepada SAYS.

Twitter

“Saya memberitahu perbualan kami kepada adik-beradik lain dan kami terus menghubungi kedai motosikal berhampiran rumah kami untuk menempah motosikal impiannya,” jelas Alif.

Alif seterusnya memberitahu, mereka membeli hadiah itu untuk membalas budi bapa mereka yang selama bertahun-tahun telah berhempas pulas membesarkan mereka.

“Kami berasa amat gembira kerana kami dapat mengukir senyuman di wajahnya,” kata Alif dan adik-beradiknya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI