Wanita selepas bersalin mempunyai emosi yang lebih sensitif.
Sehingga ada yang akan mengalami kemurungan postpartum bagi sesetengah ibu, yang tidak kuat secara emosi.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya semasa melahirkan anak yang telah menarik perhatian ramai.
Menerusi ciapan di Twitter, wanita ini meluahkan isi hatinya semasa melahirkan anak di sebuah hospital.
Pada awalnya dia tidak percaya bahawa wanita akan mengalami kemurungan postpartum, namun apabila diri sendiri mengalaminya, dia menekankan penyakit kemurungan bukan perkara main-main.
“I kenalah tipu ngan jantan ke, kena buli ke apa, i tak pernah kena severe depression sampai kena refer hospital. Tapi sebab i beranak, hari ke-2 kena maki dengan nurse, nurse tu cakap “i tak layak jadi ibu”, everyday i nangis, everyday i cakap i tak nak anak,” luah ibu ini.
Wanita ini juga berkongsi ibu dan kakaknya terpaksa membantu menjaga bayinya ekoran dia berasa tidak gembira sepanjang melahirkan anak.
Sambil mempercayai ibu yang berpantang mempunyai emosi yang sangat lemah.
Dia juga mengharapkan supaya para jururawat yang berada di wad bersalin di hospital supaya lebih peka dan sensitif ketika memantau para ibu yang baru melahirkan.
Puncanya berlaku apabila bayinya menangis selama 4 jam tidak berhenti walaupun telah diberi susu dan lampin pakai buang yang telah ditukar.
Disebabkan bimbang akan ada apa-apa yang berlaku kepada bayinya, wanita ini telah memanggil jururawat dengan menggunakan butang kerana tidak dibenarkan berjalan ke kaunter.
Tanpa mengetahui perkara sebenar dan penjelasan lebih lanjut, jururawat itu telah memarahi ibu ini. Menyebabkan dia terpaksa menutup lampu dan menangis. Pada keesokan harinya, rupa-rupanya bayinya mengalami demam.
Lebih mengejutkan lagi apabila wanita ini pergi ke klinik kesihatan untuk diagnosis kemurungan dan traumanya, ada doktor yang mengatakan bahawa dirinya bukan orang pertama yang trauma dengan jururawat daripada hospital berkenaan.
Mungkin jururawat ini sudah terbiasa mahu para ibu menjadi lebih kuat untuk menjaga anak-anak mereka kelak.
Mereka mungkin juga tidak dapat membezakan ragam ibu baru bersalin dan masalah kemurungan postpartum yang benar-benar sedang dialami, memandangkan beban tugas jururawat di hospital awam khususnya, bukanlah sekadar menjaga ibu-ibu tertentu sahaja.
Apapun, segera dapatkan bantuan pakar yang berkenaan apabila anda ibu yang baru melahirkan mengalami masalah kemurungan yang serius.
Pilihan Editor: