Anak mana yang tidak terkesan apabila mereka kehilangan kasih sayang seorang ibu lebih-lebih sejak dilahirkan atau masih kecil.
Ibu merupakan orang terpenting yang paling dekat dengan kita sejak dalam kandungan sehingga dilahirkan dan membesar menjadi insan berguna.
Justeru, seorang ibu yang tidak dapat membelai anaknya dengan kasih sayang sudah pasti akan membuat seseorang terasa kehilangan dan kerinduan.

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular apabila memaparkan pertemuan semula seorang lelaki dengan ibu kandungnya setelah 28 tahun terpisah.
Lelaki dikenali sebagai Cikgu Saufi telah memutuskan untuk mencari ibu kandungnya yang berada di Thailand selepas 28 tahun terpisah.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Cikgu Saufi memandu ke sebuah lokasi di Thailand untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.
Dengan tekad, dia memulakan usaha untuk menemui ibu kandungnya dan ingin menyatukan semula hubungan mereka selepas kehilangan masa selama 28 tahun.

Alasannya menunggu selama 28 tahun adalah disebabkan ego. Cikgu Saufi pernah mendengar cerita buruk berkenaan ibunya daripada keluarga sebelah ayahnya.
Menerusi temu bual di rancangan Wanita Hari Ini, punca Cikgu Saufi mencari ibunya semula adalah apabila isterinya mula bertanya.

Isterinya turut memujuk untuk mencari ibu kandungnya setelah berkali-kali suaminya itu meluahkan rasa rindu untuk bertemu ibunya.
Cikgu Saufi memutuskan untuk memuat naik hantaran mengenai pencarian ibu kandungnya di Facebook.

Hanya mengambil masa selama tiga hari, seorang kenalan yang mengenali ibu kandungnya telah membantu misi pencarian itu di Thailand yang akhirnya menemui kejayaan.
Selepas ini tiada lagi rasa terkilan, dengan syukur segala salah faham antara ibu dan anak ini turut sudah terlerai. Syurga di telapak kaki ibu.
Pilihan Editor: