Seorang lelaki dari Taichung, Taiwan menjadi bualan ramai selepas caranya mencari lokasi meletak kenderaan yang agak tidak konvensional untuk dua vannya iaitu bumbung pangsapuri yang didiaminya.
Tindakan nekad yang mewujudkan perbualan ramai, apabila bumbung bangunan pangsapuri itu tidak dimaksudkan untuk meletakkan kenderaan.
Salah satu vannya diletakkan di petak yang tidak muat, dengan bahagian belakangnya menonjol keluar dan kelihatan dari jalan raya.
Taiwan News melaporkan, lelaki itu berkata dia sebelum ini meletakkan van di tepi jalan tetapi ia sentiasa menerima saman parkir oleh pihak berkuasa tempatan.
Ekoran berasa kecewa kerana tindakan itu tidak adil buat dirinya, lelaki itu yang bekerja sebagai kontraktor memutuskan untuk menyewa kren bagi menaikkan van ke atas bumbung bangunan pangsapuri, yang merupakan tempat tinggalnya.
Apabila jiran-jiran mengemukakan aduan dengan kebimbangan mereka kepada lelaki itu tentang risiko keselamatan bangunan itu kerana meletakkan dua van di atas bumbung, dia menolak untuk bertindak dengan memberi jaminan bangunan itu diperbuat daripada bar konkrit dan keluli.
Memandangkan dia seorang kontraktor, mungkin caranya itu dirasakan boleh sahaja menjadi halal untuk membuat sesuka hatinya.
Apabila pegawai kerajaan tempatan dan polis memintanya menurunkan kenderaan itu, dia berkata, “Benda ini tidak akan menjejaskan bangunan, jangan buat kecoh.”
Namun begitu, lelaki itu baru-baru ini berkata dia akan mematuhi permintaan orang ramai untuk menurunkan van itu.
Apabila pihak media bertanyakan apa yang akan berlaku kepada kenderaan itu selepas ia diturunkan, lelaki itu berkata van itu akan diletakkan di pergunungan Taoyuan pada bulan Oktober.
Nasib baiklah, van itu tidak akan diletakkan selama-lamanya di situ.
Pilihan Editor: