31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaPerintah Berkurung ESSZONE di Sabah dilanjutkan sehingga 4 Julai

Perintah Berkurung ESSZONE di Sabah dilanjutkan sehingga 4 Julai

KOTA KINABALU– Perintah Berkurung ESSZONE di pantai timur Sabah, dilanjutkan dua minggu lagi bermula 19 Jun sehingga 4 Julai 2023.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, arahan dikeluarkan kepada penduduk di kawasan yang diisytihar di mana mereka dikehendaki berada di rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki zon perintah berkurung.

Perintah berkurung dilaksanakan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 dan zon perintah berkurung meliputi sehingga tiga batu nautika di kawasan perairan daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 

Jabatan Perdana Menteri / Facebook

Jauteh berkata lanjutan perintah berkurung diperlukan berikutan ancaman pengganas dan  penjenayah rentas sempadan termasuk daripada kumpulan penculikan-untuk-tebusan (KFR) berkaitan Abu Sayyaf.

“Perintah berkurung itu diperlukan bagi memastikan aktiviti pengganas atau penjenayah dari selatan Filipina tidak bolos ke perairan Sabah.

“Ini juga demi menjaga keselamatan penyelidik antarabangsa atau pelancong asing yang melawat pulau-pulau di Sabah serta masyarakat tempatan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Jun.

Beliau berkata berdasarkan hasil risikan dan maklumat diperolehi, menunjukkan kumpulan KFR serta kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba memasuki perairan negara dan melakukan aktiviti penculikan serta jenayah rentas sempadan lain.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun

“Perintah berkurung itu juga akan membolehkan pasukan keselamatan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah dan mereka yang melakukan perjalanan di laut Sabah serta penduduk yang tinggal di bahagian daratan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.

Jauteh berkata perintah berkurung juga akan membantu pasukan penguatkuasaan serta memantau pergerakan bot dan kapal.

“Ia membantu mewujudkan rasa selamat dan yakin dalam kalangan pengusaha chalet serta nelayan melalui kehadiran kapal anggota keselamatan yang melaksanakan perintah berkurung ini,” tambahnya.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah di ESSZONE telah diberi kuasa untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi keperluan dan layak untuk menjalankan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.

Perintah berkurung di timur Sabah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia di luar pantai timur Sabah mulai 16 Julai 2014 berikutan pelbagai kes penculikan dan tembakan di resort pelancongan di kawasan terbabit. 

Perairan Laut Sulu dan Laut Sulawesi kerap kali diceroboh kerana berkongsi perairan dengan negara Filipina dan Indonesia. Langkah drastik di 4 daerah iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan diharap dapat mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara, seperti pencerobohan pengganas Sulu semasa Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013 dan insiden serangan Pulau Mabul.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI