32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024
UtamaGaya HidupIsu bayaran elaun latihan industri rendah, pelatih bukan buruh percuma akan diteliti...

Isu bayaran elaun latihan industri rendah, pelatih bukan buruh percuma akan diteliti – Menteri Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia akan meneliti isu bayaran atau elaun kepada pelajar IPT yang menjalani latihan industri yang didakwa terlalu rendah, malah ada syarikat tidak memberikan elaun langsung.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata kepada Berita Harian, secara prinsipalnya, beliau tidak bersetuju dengan situasi berkenaan dan akan memberi perhatian serius.

“Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga sudah dibangkitkan dalam International Labour Conference (ILC) supaya memberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.

@youngaljunied/Twitter

“Pelatih latihan industri tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan memberi maklum balas dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu bayaran pelajar praktikal susulan laporan mengenai seorang penuntut universiti awam yang menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan industri Oktober ini.

Penuntut wanita itu, Rashifa Aljunied menyifatkan menjadi ‘intern’ bukan buruh percuma, serta menyuarakan pandangannya selepas melihat permohonan latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil malah ada yang tidak memberi elaun langsung.

Isu berkenaan tular di laman sosial dengan seorang penuntut wanita memuat naik gambarnya sambil memegang plakad bertulis ‘intern bukan buruh percuma’ dan dikatakan menyuarakan bantahannya dengan membawa sepanduk itu di sekitar kampus.

Bantahan pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik itu mendapat sokongan ramai pelajar lain termasuk pensyarahnya sendiri.

Memetik Malaysiakini, Rashifa memberitahu ramai pelajar yang menjalani latihan industri berdepan cabaran kewangan kerana perlu menanggung kos pengangkutan, makanan dan tempat tinggal.

“Penginapan sahaja sudah RM300, kalau elaun RM300 juga, macam mana saya nak tanggung pengangkutan dan keperluan seharian,” katanya.

Katanya lagi, dia pernah mendengar pengalaman buruk daripada rakannya yang telah menjalani latihan industri, antaranya dalam bidang perubatan dan perguruan.

“Saya tahu pendedahan dan pengalaman itu penting, tapi mereka kerja sampai 12 jam sehari. Tak masuk akal jika mereka tak dibayar langsung.

“Ada yang perlu membeli barang keperluan menggunakan duit sendiri, termasuk barangan untuk pembelajaran dan pengajaran mereka semasa menjadi guru praktikal,” dakwanya.

Tambahnya lagi, pelajar yang menjalani latihan industri juga perlu dilindungi undang-undang dalam aspek kerja yang lain, seperti persekitaran yang selamat dan waktu kerja yang wajar.

“Undang-undang perlu untuk melindungi intern agar kita dapat mencegah eksploitasi daripada syarikat,” katanya lagi.

Isu tersebut pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 7 Jun lalu, yang mencadangkan agar kerajaan menggubal Akta Latihan Amali Berbayar.

“Kita boleh buat dua perkara sama ada kita pinda akta pekerjaan ataupun kita adakan akta baru yang mewajibkan perkara ini,” katanya kepada Astro Awani.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI