Ingatkan haiwan peliharaan kucing dan anjing sahaja yang biasa-biasa pandai berlakon, rupanya si tupai terbang ini lebih lagi.
Seekor tupai baru-baru ini berjaya dirakam sedang memalsukan kematiannya dan bijak mencipta tempat kejadian jenayah untuk ditemui pemiliknya.
Lakonan berkelas gred A itu telah mendapat pujian ramai warganet yang pecah perut tergelak kerana aksi dramatik itu dikatakan amat layak untuk menerima anugerah Oscar.

Klip video tular itu memaparkan peringkat demi peringkat babak ‘mendebarkan’ si tupai mencetuskan pembunuhan dahsyatnya sendiri.
Mula-mula, dia melangkah secara cemerkap ke atas penyapu dan terlanggar pengangkut habuk, sebelum secara sensasi membiarkan alat pembersihan itu jatuh ke bawah semasa dia terlentang di atas lantai.

Menyedari penyapu itu tidak mendarat tepat sebagai senjata pembunuhan yang meyakinkan, si tupai memutuskan untuk memilih arah yang berbeza.
Menghimpitkan badannya di bawah batang penyapu yang jatuh itu, tupai itu bertukar fikiran tentang beberapa kedudukan yang berbeza untuk meyakinkan yang dia telah terbunuh.

Mula-mula dengan berani dan dramatik di dadanya dengan kedua-dua tangannya dihamparkan.
Sambil menjenguk dan menunggu untuk ditemui oleh saksi kejadian.

Kemudian meletakkan batang penyapu itu di atas lehernya demi paparan kematian yang lebih meyakinkan.. Bijak.. Bijak.. kan?

Sekali-sekala, tupai nakal ini boleh dilihat memecah penghayatan watak untuk melihat sama ada tak sesiapa yang menyedari, “Saya sedang menjeling ni menjenguk ke apa, tengoklah sikit saya kan dah mati ni!”

Boleh buat tuntutan insurans, ganti rugi ke agak-agak, tuan si tupai cuai letak penyapu dekat situ, tepi kandang.
Dan dia berada di situ sampai ada orang menyedari dan mengakui lakonannya sungguh hebat meyakinkan.

Persembahan yang mengagumkan! Bravo! Bravo! Tahun depan dapat Oscar lah tu..
Pilihan Editor: