Pernah juga berlaku situasi apabila tiba-tiba anda teringin hendak makan mi goreng atau mi sup tetapi tiada bekalan mi di rumah, yang ada hanya bahan-bahan mentah hendak membuatnya.
Jadi apa kata, anda buat mi buatan tangan sendiri sahaja di rumah.
Ikuti perkongsian resipi oleh pengguna Facebook Fahrini MarsyaLey. Mi kuning yang kenyal lagi bertambah sedap rasanya, gerenti satu keluarga suka.

Resipi mi buat sendiri di rumah, seperti di bawah:
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung gandum
- Secubit garam
- 1 biji telur ayam
- 50 ml air (boleh lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat diuli dengan baik)
- 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuat:
1. Gaul semua bahan sampai menjadi doh sehingga tidak melekat di tangan.
2. Potong doh menjadi 4 hingga 5 bahagian.
3. Canai satu per satu.
4. Potong guna pisau.

5. Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mi ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit ke dua minit. Jangan terlalu lama nanti mi jadi lembik.
6. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk supaya menghentikan mi daripada terlebih masak. Lakukan proses ini berulang kali sehingga kesemua doh tadi habis.

Akhirnya, sudah siap mi kuning anda. Buatan air tangan sendiri pasti lebih sedap. Kini boleh memasak apa-apa resipi mi kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Pilihan Editor: