25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupPengantin perempuan diangkat 'ayah' dalam video tular rupanya bapa saudara, anak arwah...

Pengantin perempuan diangkat ‘ayah’ dalam video tular rupanya bapa saudara, anak arwah adik yang dijaga bagai anak sendiri

Buat anak perempuan yang rapat dengan bapanya, sudah pasti insan istimewa bergelar ayah sentiasa diharapkan berada di sisi ketika tanggal hari bahagia mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini tular rakaman video TikTok yang memaparkan seorang pengantin perempuan diangkat ayahnya sambil meredah hujan lebat dan kelihatan air bertakung di halaman rumah, ketika musim cuaca buruk dan bencana banjir hari ini.

@oohlysa/TikTok

Yang membuatkan ramai terharu, si ayah sanggup mendukung anak perempuannya ekoran tidak sanggup melihat pengantin yang cantik manis ini kebasahan menuju ke jinjang pelamin untuk akad nikah.

Lebih menyedihkan, pengantin perempuan tidak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata disebabkan berasa terlalu sebak melihat pengorbanan dan jasa lelaki itu pada hari istimewanya.

@oohlysa/TikTok

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok @oohlysa, lelaki tersebut kemudiannya berpatah balik ke dalam rumah, dengan meredah hujan lebat untuk mengambil jambangan bunga kecil untuk pengantin.

Bagaimanapun, selepas video itu tular dengan 3.5 juta tontonan berserta pelbagai komen yang menyentuh hati, rupa-rupanya hubungan pengantin perempuan dengan lelaki itu bukanlah ayah dan anak tetapi bapa saudara dan anak saudara.

@zadeema_asma/TikTok

Menurut pengguna TikTok @zadeema_asma, yang juga merupakan ibu saudara kepada pengantin perempuan dan isteri kepada lelaki berkenaan, mendedahkan ayah pengantin perempuan sudah lama meninggal dunia.

Menurutnya, suaminya menggalas segala tanggungjawab sebagai seorang ayah mewakili arwah adiknya dengan menjaga anak saudaranya. Menunjukkan kasih sayang yang sewajarnya diberikan kepada pengantin perempuan ketika hari bahagianya.

@zadeema_asma/TikTok

“Alhamdulillah… tanggungjawab bapa saudara kepada anak saudara yang kematian arwah bapa telah selesaikan. Sedih tengok situasi ini. Betapa kasihnya suami terhadap anak arwah adiknya.” tulis wanita itu.

Video kedua yang lebih menyedihkan dengan pelbagai komen yang menyentuh hati:

@zadeema_asma/TikTok

Memang bertuah pengantin perempuan kerana memiliki seorang bapa saudara yang bertanggungjawab dan berhati mulia. Siapa sahaja yang tidak sebak apabila melihatnya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI