26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupCara menghapuskan bau kencing kucing

Cara menghapuskan bau kencing kucing

Bau kencing kucing pasti akan membuatkan sesiapa pun berasa tidak selesa dengannya. Asid urik yang terkandung dalam air najis tersebut berupaya membuatkan baunya melekat pada hamparan, kain dan kayu selama bertahun-tahun. Berikut ialah cara menghapuskan bau kencing kucing untuk selamanya.

PEXELS

1. Serai wangi.

Umum mengetahui kegunaan serai wangi adalah untuk menghalau kehadiran serangga rumah seperti lipas, semut, lalat dan lain-lain. Kemampuan serai wangi menghapuskan 99.9% bakteria dan menghilangkan bau busuk yang terperangkap di dalam rumah tidak dapat disangkal lagi. Sebab itulah ia menjadi pilihan orang ramai.

Shopee

Cara menggunakannya senang sahaja. Anda hanya perlu menyembur serai wangi pada mana-mana permukaan dan biarkan selama lima minit. Selepas itu lapkan permukaan tersebut dan bilas dengan menggunakan tuala atau kain bersih yang basah.

2. Campuran cuka dengan pelembut pakaian.

Pernahkah anda mencampurkan cuka dengan pelembut pakaian? Jika tidak pernah, anda harus mencubanya kerana campuran ini memang boleh menghapuskan bau busuk.

Shopee

Cara untuk membuat campuran ini senang sahaja. Dalam satu bekas atau botol, masukkan tujuh hingga sepuluh titis cuka makanan. Kemudian campurkan satu per empat cawan pelembut pakaian dan sedikit air. Kacau rata campuran tersebut hingga sebati.

Sembur di mana-mana permukaan yang anda mahukan. Lap dengan kain atau tuala bersih dan tidak perlu dibilas.

3. Air rebusan lada hitam.

Ternyata lada hitam bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi dapat digunakan untuk menghapuskan bau kencing kucing.

Shopee

Caranya ialah rebus satu atau dua sudu lada hitam. Kemudian masukkan air rebusan itu ke dalam botol penyembur dan semburkan di mana-mana permukaan yang diyakini ada kencing kucing.

4. Taburan belerang.

Taburkan sahaja belerang di setiap penjuru rumah. Ini kerana belerang dikatakan dapat mengelakkan kucing daripada kencing di merata-rata tempat.

Shopee

Terdapat banyak sebab mengapa kucing kencing di luar kawasannya. Menurut Dr.Laura George, mungkin kucing berkenaan mengalami masalah kesihatan dan cuba memberitahu sesuatu kepada tuannya.

Menurut DeFeo, kucing jantan akan kencing secara memancut untuk menandakan kawasan terokaannya. Manakala bagi kucing betina pula, itu menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan.

Dr.Kornreich pula mengingatkan orang ramai agar segera membersihkan kawasan yang terkena air kencing. Ini kerana jika dibiarkan baunya akan menjadi semakin hancing. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi baunya yang menusuk hidung itu akan membuatkan kucing kembali kencing di tempat yang tidak sepatutnya.

PEXELS

Oleh itu, segeralah menghapuskan bau busuk yang terdapat di persekitaran rumah agar rumah berbau segar dan bersih.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI