25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiPenyokong Jepun papar mesej buat majikannya kerana meluluskan cutinya sempena Piala Dunia

Penyokong Jepun papar mesej buat majikannya kerana meluluskan cutinya sempena Piala Dunia

Seorang penyokong Jepun menarik perhatian dunia apabila dia menayangkan ucapan terima kasih pada majikannya kerana memberinya cuti selama dua minggu. Sambil tersenyum lebar, penyokong lelaki itu memegang bendera negara Jepun dan kertas putih yang tertulis, “Dear My Boss. Thank you for my 2 week off!“.

Gambar penyokong Jepun tersebut diambil dan tular sebelum perlawanan Jepun menentang Jerman di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, Qaatar bermula.

Perkara tersebut dikongsi oleh Persatuan Bola Sepak Dunia di media sosial rasmi mereka di Twitter. Hantaran tersebut telah diulang ciap lebih 25 ribu kali dan disukai lebih 150 ribu kali.

Menariknya, ciapan tersebut diulang ciap sendiri oleh majikan penyokong tersebut. Katanya, “Sila nikmati cuti anda dan Piala Dunia!”.

Rata-rata netizen memuji sikap majikan yang begitu baik hati kerana membenarkan pekerjanya bercuti sempena Piala Dunia 2022.

Mereka juga berpendapat bahawa pekerja tersebut cemerlang dalam melakukan pekerjaannya. Jadi, tiada masalah bagi majikan untuk meluluskan permohonan cuti selama dua minggu itu.

Ada juga diantara netizen yang berseloroh menanyakan pada Syarikat NTT East Japan itu jika mereka memerlukan pekerja baharu.

Ramai yang mengimpikan mendapat majikan yang baik hati dan bertimbang rasa seperti Syarikat NTT East Japan itu.

Semoga para majikan di luar sana mampu memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan cuti pekerja. Situasi sama menang perlu diwujudkan antara majikan dan pekerja bagi melancarkan perjalanan sesebuah organisasi.

Piala Dunia 2022 bermula dari 20 November hingga 18 Disember. Pada acara pembukaan, penyanyi Korea Selatan, Jungkook telah bergandingan dengan penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi untuk menyanyikan lagu tema Piala Dunia 2022 berjudul Dreamers.

Acara pembukaan itu juga turut menampilkan Morgan Freeman dan Ghanim al Muftah yang disifatkan sebagai persembahan luar biasa yang menakjubkan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI