29.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaGaya HidupPetani pasang perangkap tetapi akhirnya berkawan baik dengan 'pencuri' yang mencuri tanaman...

Petani pasang perangkap tetapi akhirnya berkawan baik dengan ‘pencuri’ yang mencuri tanaman di kebunnya

Pada tahun 2019, Permar menyedari terdapat bekas gigitan besar pada tanaman di kebunnya. Lalu dia memasang kamera pengesan gerakan di kebun untuk memerangkap pencuri. Dia berhasil mengesan gerangan pencuri tersebut. Ketika itu, pencuri bukan sahaja sedang mencuri sayur-sayurannya tetapi tanpa disedari, telah mencuri hatinya!.

“Saya tak pernah melihat marmot seperti ini,” kata Jeff Permar si petani tatkala melihat tanaman di kebunnya dicuri dan dimakan marmot. Pada mulanya dia menyangka haiwan daripada kumpulan tupai itu akan menyusahkan hidupnya tetapi pertemuan tersebut telah menjadikan mereka kawan baik.

“Tidak dapat dinafikan lagi bahawa marmot ini muncul di hadapan kamera,” kata Permar. Permar terhibur melihat riak wajah marmot yang berbangga diri seakan mengatakan, “Ya, saya sedang makan sayuran awak, apa awak nak buat?”

Permar memuat naik video tersebut di media sosial, dan dalam sekelip mata menarik perhatian peminat marmot dari serata pelusuk dunia. Peminat dari New Zealand, Korea Selatan dan Philadelphia berkongsi rakaman video ‘makan seperti marmot makan’ dengan menyertai cabaran #ChunkChallenge.

Menurut Permar, dia sudah menganggap marmot yang diberi nama Chunk itu sebahagian daripada ahli keluarganya. Kisah Chunk tidak berakhir walaupun ia berhibernasi.

Pada tahun 2020, selepas berhibernasi Chunk menambah ahli keluarga, ‘isteri dan tiga ekor anak-anak’. Peminat mengundi beberapa nama. Maka, berbahagialah Permar bersama Chunk, Nibbles, Nugget, Chip dan Chibbles. Hingga tahun 2021 menjelma, Chunk sekeluarga masih berhibernasi.

Menurut Permar, kehadiran Chunk membawa perubahan dalam hidupnya. Dia menjadi seorang yang begitu penyayang terhadap haiwan. Dia pasti peminat Chunk juga merasakan hal yang sama.

“Mereka hanya mencuba untuk meneruskan hidup”, kata Permar mengenai marmot. “Dan jika saya mampu menyara mereka, itulah yang akan saya lakukan.”

Fakta mengenai marmot yang tidak ramai tahu:

  1. Marmot ialah sejenis tikus tetapi berkait rapat dengan tupai. Mereka menganggapnya sebagai ‘tupai tanah gergasi’. Stam Zervanos, pesara profesor biologi yang telah menjalankan penyelidikan meluas mengenai marmot berkata, marmot boleh ditemui dari utara Alabama hingga ke utara Kanada dan juga di Alaska.
  2. Marmot mampu membina lubang sedalam 66 kaki panjang dengan beberapa ruang dan pintu keluar. Menurut Zervanos, di lubang tersebut marmot berhibernasi dan di dalam lubang yang sama mereka membina ruang seperti rumah musim panas di mana mereka boleh keluar masuk dengan lebih mudah. Malah ruang khas untuk membuang najis juga ada yang dikenali sebagai bilik mandi.
  3. Petani menganggap marmot sebagai haiwan perosak. Ini kerana marmot hanya makan sayuran yang berkualiti sahaja.
  4. Marmot berhibernasi selama lebih kurang tiga bulan. Namun, biarpun cuaca di luar masih sejuk, marmot jantan akan bangun lebih awal untuk mula mencari pasangan.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI