Negara Greece sememangnya terkenal dengan warganya yang santai dan ia termasuk haiwan di sana seperti anjing ini, yang mana dia tidak peduli apa-apa ketika menemui tempat melepaknya.
Anjing malas ini nampaknya tidak terganggu dengan latihan tentera yang sedang berlangsung ketika dia dengan selamba menyelitkan dirinya di kalangan tentera yang sedang berarak dalam satu acara di Thessaloniki, Greece.

Video melucukan yang dirakam pada 27 Oktober menunjukkan anjing itu berjalan-jalan di tengah-tengah perbarisan tentera Greece dan berbaring dengan selambanya.

“Ini tempat biasa saya berbaring dan tidur, mengapa pula saya yang kena pergi?” katanya dalam hati sambil berbaring untuk mencuri perhatian.

Anjing yang kelihatan tidak terganggu oleh pasukan tentera yang sedang memainkan pancaragam dengan bunyi bising trompet dan drum sambil formasi mereka berarak penuh disiplin.

Dan anjing itu terus kelihatan berbaring dan tidur dengan selambanya di atas jalan raya yang disaksikan khalayak awam.

Video itu menunjukkan beberapa anggota tentera yang berarak dalam perbarisan terpaksa melangkah anjing ini dan dia pula terus berada di situ enggan berganjak seperti tiada apa.

Tetamu kehormat yang kehadirannya tidak diundang dan tidak pula dijangka.

Jadi jangan sesiapa pun mempertikai kerana dia akan terus berkata, “Sayalah bintang sebenar dalam acara ini!”
Tonton video di sini.
Pilihan Editor: