25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
UtamaBerita UtamaAnak didenda kerana memakai kasut 'velcro', bapa mempertimbang ambil tindakan undang-undang

Anak didenda kerana memakai kasut ‘velcro’, bapa mempertimbang ambil tindakan undang-undang

Bapa kepada pelajar berusia 13 tahun, yang mendakwa didenda melutut kerana memakai kasut jenis ‘velcro’ atau kasut berpelekat tanpa bertali ke sekolah di Tasek Gelugor, berkata pihak berkuasa cuba ‘menutup’ isu itu.

Bapa R Mogan, 38 tahun mendakwa pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah Kepala Batas mengugut anak perempuannya untuk menafikan seorang guru wanita telah memaksanya melutut dalam perhimpunan di atas permukaan jalan tar dengan tangan terangkat kerana memakai kasut jenis berpelekat dan bukannya bertali, Malaysiakini melaporkan.

Gambar oleh Malaysiakini

Dalam insiden yang berlaku pada 1 November lalu, pelajar Tingkatan Satu itu turut mendakwa dia diarahkan oleh guru terbabit untuk menanggalkan pottu (titik hitam), serta memadam vibuthi (tanda putih) di dahinya. Pelajar itu juga mendakwa guru itu memotong tali suci di tangannya.

Kejadian itu telah membuatkan pelajar berkenaan menjadi tertekan dan dia tidak mahu kembali ke sekolah selepas dimalukan di hadapan semua orang.

Remaja itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Radzi Ahmad, lapor Bernama.

Beliau juga mengesahkan menerima satu lagi laporan polis yang dibuat oleh guru wanita yang terbabit bagi menafikan semua dakwaan ke atasnya.

Kata Radzi, berdasarkan keterangan awal saksi, mereka mendakwa tidak nampak pelajar Tingkatan Satu itu didenda melutut dalam perhimpunan.

Gambar oleh FMT

Menjawab kenyataan Radzi itu, Mogan mempertahankan anak perempuannya dengan berkata tidak ada sebab untuk pelajar Tingkatan Satu itu mengada-adakan cerita yang telah menyebabkan dia menjadi trauma.

“Saya percaya semua yang diceritakan oleh anak perempuan saya. Saya menyokongnya. Dia tidak gila untuk mereka-reka cerita sebegitu. Malangnya, dia diperlakukan untuk kelihatan seperti itu,” katanya kepada New Straits Times.

Mogan menambah anak perempuannya baru sahaja dipindahkan ke sekolah itu tiga minggu lalu dan dia tidak menentang guru itu, atau sesiapa pun dalam perkara itu, untuk membuat cerita sedemikian.

Bapa ini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru dan sekolah terbabit dengan berkata, “Saya akan berusaha sedaya upaya untuk berjuang demi anak perempuan saya.”

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah, guru terbabit, jabatan pendidikan daerah dan negeri atas hukuman yang memalukan anak perempuan saya,” tambahnya.

Mogan yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera dan kehilangan pekerjaan sejak dua tahun lalu akibat pandemik dan kini bekerja sebagai rider Foodpanda berkata, dia hanya mahu keadilan ditegakkan kerana merasakan anak perempuannya menerima hukuman secara tidak adil dan ‘tidak masuk akal’.

Gambar Hiasan oleh Marshmallow Kids

Menurut Mogan, jika Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersikap serius, mereka sepatutnya menggantung guru itu sementara menunggu siasatan, tetapi sebaliknya semua orang menyalahkan anak perempuannya.

“Memang benar apa yang anak saya katakan yang saya tidak mampu untuk membeli kasut sekolah baru yang bertali kerana saya belum dapat gaji saya ketika itu. Juga, adakah salah memakai kasut hitam berpelekat ke sekolah? Adakah terdapat sebarang pekeliling yang mengatakan yang kasut sedemikian tidak dibenarkan atau adakah ia ditetapkan oleh orang tertentu?” soalnya.

Sementara itu, polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI