30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaKucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, "nak cakar, tapi sabar!"

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Tonton video telatah kucing dan tuannya itu di sini:

Kakanta lang ming eh 🫣 Ctto. | Kakanta lang ming eh 🫣 Ctto. | By MCMC | Facebook

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI