30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaKesihatanKayap ular jika bersambung akan membawa maut hanyalah mitos

Kayap ular jika bersambung akan membawa maut hanyalah mitos

Pada suatu hari seorang lelaki lingkungan umur warga emas datang bertemu dengan Doktor Samhan. Pakcik tersebut mahu Dr Samhan menolongnya yang dijangkiti kayap ular. Katanya jika kayap ular tersebut bersambung, dia akan meninggal dunia. Namun kata Dr Samhan, kayap ular jika bersambung akan membawa maut itu hanyalah mitos.

TWITTER

Menurut pengakuan pakcik itu, semasa kecil dahulu dia pernah dijangkiti cacar air (chicken pox). Daripada situlah Dr Samhan menerangkan bahawa virus yang menyebabkan cacar air itu jugalah yang menyebabkan berlakunya kayap (herpes zoster). Bagaimana ini terjadi?

Kata Dr Samhan, kayap ular disebabkan oleh Varicella Zoster Virus (VSV) iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air (chicken pox). Oleh itu, jika sesiapa yang pernah dijangkiti cacar air berisiko mendapat jangkitan kayap ular.

Ini kerana, selepas pesakit pulih daripada jangkitan cacar air dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang sama akan terus hidup dan berbaki yang kemudiannya memasuki sistem saraf pesakit dan tidak aktif selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit cacar air ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi kembali aktif dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

Menurut Dr Samhan lagi, pegerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, sebab itu dinamakan kayap ular.

Walaubagaimana pun, mustahil bagi kayap ular ini bersambung.

Ini kerana, kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada suatu bahagian badan sahaja. Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.

Maka, apabila virus tersebut menjadi aktif semula, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Oleh yang demikian, agak mustahil untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.

TWITTER

Kayap biasanya melibatkan dada dan muka. Terdapat segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih dari satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan secara serentak. Ia tidak akan bersambung. Itu semua mitos!

Kata Dr Samhan lagi, sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Rawatan yang ada hanya mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.

Antara ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor ialah:

  1. Anti-viral: seperti Acyclovir. Ubat ini penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.
  2. Ubat tahan sakit: seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.
  3. Krim antibiotik: sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap tersebut.

Selepas mendengar penerangan doktor dengan begitu teliti, pakcik tersebut menceritakan tentang jirannya yang meninggal dunia yang dikatakan akibat kayap bersambung. Namun dia tidak melihat kayap pada pesakit tersebut.

Membalas pada pakcik tersebut, Dr Samhan berkata, “dia meninggal mungkin sebab lain, kebetulan pula ada kayap.”

Kata Dr Samhan lagi, ramai yang menyangka jika kayap bersambung akan meninggal dunia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa rokok lebih bahaya daripada kayap. Dia menjeling rokok yang sedikit terkeluar daripada poket baju pakcik tersebut. Pakcik tersebut membalas, “betul, doktor”, sambil menolak rokok masuk ke dalam poket dan tersengih.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI