30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaInspirasiAnak kucing jalanan yang buta dan mengalami masalah pendengaran ini mempunyai sebab...

Anak kucing jalanan yang buta dan mengalami masalah pendengaran ini mempunyai sebab tersendiri apabila enggan berpindah ke tempat lain

Seekor anak kucing yang muncul dari belakang stor menarik perhatian Jada Hamby. Hatinya bagai disiat-siat tatkala mendapati anak kucing itu buta dan mengalami masalah pendengaran. Tidak sampai hati melihat si comel itu menjalani kehidupan bersendirian dengan keadaan serba kekurangan, Hamby dan pekerja-pekerjanya memutuskan untuk mendapatkan tempat yang lebih baik buatnya. Mereka menghubungi beberapa pihak penyelamat untuk mencari sekiranya ada yang sudi menghulurkan bantuan. Tidak lama kemudian, ada pihak bersetuju untuk datang dan mengambil anak kucing tersebut. Namun, mereka tidak menyangka anak kucing jalanan yang buta dan mengalami masalah pendengaran ini mempunyai sebab tersendiri apabila enggan berpindah ke tempat lain.

Menurut Hamby kepada The Dodo, anak kucing itu berjaya meloloskan diri daripada ditangkap oleh penyelamat haiwan. “Nampaknya ia terlalu bijak kerana tidak termakan dengan umpan-umpan itu!”, kata Hamby. Penyelamat haiwan telah mencuba beberapa kaedah untuk menangkap si comel itu, namun semua usaha tersebut menemui kegagalan.

Disebabkan kejadian itu, anak kucing tersebut digelar Dumpster sempena lokasi ia ditemukan. Dumpster nampaknya begitu selesa dengan kehidupannya di kawasan stor tersebut malah enggan berpindah.

Setelah memastikan si comel itu selamat dan keadaannya sungguh memuaskan, penyelamat haiwan bersetuju bahawa walaupun mereka berjaya menangkap Dumpster, cara yang terbaik ialah dengan mengasi dan kemudian mengembalikan semula Dumpster ke ‘rumah’nya iaitu stor. Tambahan pula, menurut Hamby amatlah penting bagi kucing buta kembali semula ke tempat yang ia telah selesa dan dapat menyesuaikan diri.

Sejak itu, Dumpster dipelihara dengan baik oleh Hamby dan para pekerjanya. Mereka sentiasa berhubung dengan doktor haiwan untuk memastikan kesihatan dan perkembangan Dumpster berada pada tahap memuaskan, selain memberi makan dengan secukupnya.

Menurut Hamby, Dumpster gemar berehat di bawah sinaran matahari di atas kotak dan di tempat yang terlindung daripada hujan. Setiap pagi Dumpster akan menyapa Hamby dan pekerjanya sambil mengiau dan meminta sarapan. Dumpster juga gemar ‘berbual’ dengan mereka.

Satu perkara yang kurang digemari oleh Dumpster ialah disentuh, namun baru-baru ini untuk kali pertama Dumpster hanya membiarkan salah seorang pekerja Hamby menyentuh dan membelainya. Mereka tidak tahu sama ada pekerja tersebut memang pandai mengambil hati Dumpster atau Dumpster sendiri yang sudah mula menyukainya (disentuh dan dibelai). Mungkin juga pada masa hadapan Dumpster tidak lagi berasa kekok apabila disentuh dan dibelai oleh manusia.

Hamby dan pekerjanya tidak mahu memaksa Dumpster berpindah. Jika sudah tiba masanya untuk Dumpster berpindah, mungkin ia sendiri akan memberi isyarat kepada mereka. Tetapi buat masa ini, Dumpster masih selesa menjalani kehidupan sebagai kucing kedai. Walaupun pada mata manusia, kehidupan Dumpster tidaklah begitu sempurna dan selesa tetapi Dumpster begitu menghargai kehidupannya sekarang. Rasanya itu lebih penting daripada segalanya.

Semoga Hamby dan pekerjanya akan terus menyayangi dan menjaga Dumpster dengan baik!

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI