34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalLelaki pertama di dunia disahkan positif COVID-19, Monkeypox dan HIV serentak

Lelaki pertama di dunia disahkan positif COVID-19, Monkeypox dan HIV serentak

Seorang lelaki yang berasal dari Itali telah disahkan mengidap COVID-19, wabak Monkeypox dan HIV secara serentak, yang merupakan kes pertama di dunia yang diketahui berlaku melibatkan ketiga-tiga virus ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan dalam Journal of Infection baru-baru ini, lelaki Itali yang berusia 36 tahun itu bercuti selama 5 hari di Sepanyol pada bulan Jun 2022. Sembilan hari kemudian, dia mengadu mengalami demam yang disusuli sakit tekak, keletihan dan sakit kepala.

Hasil keputusan ujian perubatan menunjukkan lelaki tersebut telah positif COVID-19. Lebih memburukkan lagi keadaan, didapati muncul ruam di lengan kiri pesakit dengan vesikel kecil yang menyakitkan merebak ke seluruh badan lelaki itu pada hari berikutnya.

Gambar Journal of Infection

Lelaki itu mendapatkan bantuan perubatan dan dimasukkan ke hospital di unit penyakit berjangkit, selepas mendapati vesikel yang merebak mula menjadi pustula iaitu benjolan bernanah pada kulit.

Pesakit memberitahu doktor yang dia telah melakukan hubungan sejenis tanpa perlindungan semasa berada di Sepanyol.

Sampel ujian yang dikembalikan kemudian menunjukkan lelaki itu juga disahkan positif Monkeypox.

Ujian seterusnya telah dijalankan untuk memeriksa sama ada lelaki terbabit dijangkiti hepatitis virus, herpes simplex, gonorea, chlamydia dan lymphogranuloma venereum. Tetapi tiada satu pun penyakit yang boleh merebak dengan bawaan aktiviti seksual ini dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, ujian HIV-1 ke atas lelaki berkenaan disahkan kembali positif.

Lelaki Itali itu disahkan mendapat tiga penyakit secara serentak, namun doktor yang memberikan rawatan kepadanya berkata pesakit pulih agak cepat, dengan tanda-tanda Monkeypox atau cacar monyet hampir hilang dengan sepenuhnya dalam masa 10 hari.

Pesakit itu telah disahkan pulih daripada COVID-19 dan Monkeypox, dan dibenarkan keluar dari hospital pada 11 Julai lalu, lapor New York Post.

Gambar Journal of Infection

Berikutan laporan jurnal perubatan yang dikeluarkan, doktor-doktor di seluruh dunia diingatkan bahawa simptom penyakit Monkeypox dan COVID-19 boleh bertindih dan wujud bersama.

Malah para doktor dan pengamal perubatan perlu mengambil perhatian mengenai ‘tabiat seksual’ dan sejarah perjalanan pesakit.

Jika seseorang diuji positif untuk cacar monyet, saringan lengkap untuk jangkitan kelamin lain adalah disyorkan.

Saintis di Universiti Queen Mary London melaporkan secara keseluruhannya, 98 peratus individu yang dijangkiti penyakit ini adalah lelaki homoseksual atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.

Monkeypox atau cacar monyet bukan jangkitan secara seksual semata-mata tetapi boleh berlaku dan merebak menerusi apa juga jenis kontak rapat fizikal.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI