Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang bersiap untuk keluar rumah, si isteri mendapati dinding rumah mereka bergegar. Mereka sudah maklum bahawa jiran sebelah sedang mengubah suai rumah, namun mereka tidak menyangka ketika pengubahsuaian dilakukan, mata gerudi menembusi dinding rumah mereka hingga menyebabkan dinding rumah mereka berlubang. Melihatkan dinding rumah yang sedikit pecah itu, Desiani Fitri Azman lantas memanggil suaminya.

Mujurlah ketika kejadian berlaku, mereka masih belum keluar rumah. Jika tidak pasti mereka akan terkejut apabila melihat dinding rumah mereka sudah berlubang.
Tanpa membuang masa, suami Desiani Fitri Azman berjumpa dengan pengubah rumah jiran untuk memberitahu akan perihal yang berlaku pada dinding rumahnya.
Sebagai pemilik rumah, Desiani Fitri Azman dan suaminya tidak tahu hendak berasa sedih atau ketawa.
Ini kerana, menurut Desiani Fitri Azman, kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku tetapi termasuk kali ini, ia adalah kejadian kali yang ketiga.
Mereka tidak meletakkan kesalahan ke atas jiran kerana perkara ini adalah di luar kawalan jirannya sendiri. Jiran mereka sendiri juga bingung memikirkan tindakan pengubah rumah upahannya itu. Pengubah rumah itu sendiri yang terlalu kuat menggerudi dinding tanpa menyedari tindakannya itu telah merosakkan dinding rumah jiran pula.

Walaupun diuji sebegitu, Desiani Fitri Azman dan suaminya bersyukur kerana dinding rumah mereka tidak roboh.
Suami Desiani Fitri Azman terus berjumpa dengan pengubah rumah tersebut untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Pengubah rumah menyimen semula dinding yang berlubang itu dengan menggunakan simen.

Tindakan Desiani Fitri Azman dan suaminya itu dipuji netizen. Sikap mereka yang tenang ketika mengendalikan masalah tersebut dilihat sangat matang dan dewasa.
Ternyata perasaan marah, hendak bergaduh atau memuat naik status berbaur negatif di media sosial bukanlah penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Seharusnya walaupun anda adalah mangsa, cubalah bersikap tenang agar dapat berfikir dengan lebih waras. Kemudian, anda bolehlah mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa melibatkan emosi. Tindakan sedemikian pasti akan membuatkan pihak yang lagi satu menggunakan pendekatan yang positif dan akhirnya masalah dapat diselesaikan dengan baik.