31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaInspirasiKos ubah suai Myvi jadi campervan kurang RM500, gadis ini seronok kembara...

Kos ubah suai Myvi jadi campervan kurang RM500, gadis ini seronok kembara solo pusing Semenanjung Malaysia

Melancong dengan mengembara mengambil angin luar selain tempat biasa anda merupakan satu terapi selepas seseorang berasa stres akibat bekerja atau mahu meredakan masalah kehidupan.

Sesetengah orang lebih suka menyendiri ketika mengembara berbanding berkumpulan bagi mencari ketenangan.

Untuk itu, sebelum memulakan pengembaraan secara solo, perlu ada perancangan, segala kelengkapan dan tempat menginap yang harus difikirkan. Bagi mereka yang mempunyai modal, campervan menjadi pilihan ketika memulakan perjalanan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan.

Farah Nabilah / Facebook

Campervan selalunya dari ubah suai bas atau van, terutama yang dilihat di luar negara, kini menjadi inspirasi kita di sini untuk melakukan perkara sama.

Sebenarnya tidak perlu kenderaan besar seperti bas atau van, cukup sekadar kereta kompak untuk merealisasikan percutian ala camper.

Seperti yang dilakukan oleh Farah Nabilah pemilik Myvi yang telah mengubahsuai keretanya menjadi Campercar Portable yang sangat menarik.

Farah Nabilah / Facebook

Menurutnya dia bercadang untuk bercuti secara solo sekitar Malaysia dan menggunakan Myvi miliknya yang ditukar menjadi seperti campervan.

Tambah gadis ini, dia memulakan percutian selama 10 harı dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.

Farah Nabilah /Facebook

Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana lokasi bukan persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.

“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.

Farah Nabilah / Facebook

“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya.

Menurut Farah, kos transformasi ‘Camper Myvi’ miliknya itu hanya menelan perbelanjaan kurang daripada RM500.

Farah Nabilah / Facebook

Dengan kreativiti Farah menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.

Manakala di bahagian bonet pula, Farah memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.

Farah Nabilah / Facebook

Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.

Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.

Farah Nabilah / Facebook

“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.

“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja,” jelasnya lagi.

Farah Nabilah / Facebook

Ternyata usaha dilakukan Farah sangat menarik dan boleh menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.

Apa-apa pun, perlu diingat ketika berseronok mengembara solo, utamakan aspek keselamatan serta mengikut peraturan, dan semua perlu berhati-hati agar percutian anda sentiasa dalam keadaan selamat, berada dalam perancangan dan terasa lebih bermakna.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI