31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024
UtamaGaya HidupRumah ada ‘landing’ kapal terbang lama yang nostalgik di Cheras jadi tular...

Rumah ada ‘landing’ kapal terbang lama yang nostalgik di Cheras jadi tular semula

Gambar sebuah kapal terbang lama yang sedang duduk dengan baik di atas pintu masuk sebuah rumah di Taman Connaught, Cheras baru-baru ini menjadi tular semula di media sosial.

Jika anda tinggal di Cheras atau kerap memandu melepasi kawasan itu, anda mungkin spontan memperlahankan kenderaan di hadapan rumah ini semata-mata untuk melihat dan mengagumi kapal terbang lama zaman perang dunia yang berjenis propellor atau kapal terbang menggunakan kipas di bahagian hadapan ketika era kegemilangannya.

Facebook

Gambar rumah dengan kapal terbang itu pernah tular di media sosial pada tahun 2010 dan 2013.

Gambar-gambar itu muncul semula baru-baru ini sehingga mendorong ramai warganet mengenang kembali kapal terbang itu pada zaman-zaman silam masa kecil mereka.

Twitter

“Ingat tak rumah ni, hahaha..”

“Ingat rumah ni! Hahaha, lain kali bawa saya tengok kapal terbang ni lagi..”

“Legenda ni.. Masa kecil bila balik rumah, bila lalu dekat situ mesti akan tengok. Sudah 30 tahun ada kot kapal terbang tu ada dekat situ..”

Seorang penghuni di kejiranan itu berkongsi, “Ada kala anda akan dapat melihat kapal terbang itu dihiasi dengan lampu semasa musim perayaan.”

Gambar Google Maps

Sebenarnya, kapal terbang yang diletakkan di hadapan rumah ini bukanlah hiasan semata-mata, kerana ia ada kisah nostalgik yang diceritakan sendiri oleh tuan rumah.

Menurut kisahnya yang diceritakan oleh isteri pemilik rumah tersebut, suaminya telah melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya, tetapi tidak pernah mengalah untuk mencapai kejayaan.

Facebook

Antara impian dalam hidupnya adalah memiliki sebuah kapal terbang miliknya sendiri.

Selepas bekerja keras dan menempa kejayaan dengan bersusah payah, tuan rumah ini mendapat peluang untuk membeli sebuah kapal terbang propellor dari sebuah lapangan terbang lama yang dicadangkan oleh rakannya.

Beliau kemudian membelinya dan meletakkan kapal terbang itu di hadapan rumahnya sebagai tanda kejayaan, serta peringatan di atas susah payahnya mengharungi kehidupan.

Gambar Google Maps

Menurut jiran tetangga, kapal terbang ini sudah berada di rumah ini sejak 30 tahun lalu, dan penghuni rumah yang sama masih menetap di rumah itu sehingga hari ini.

Berdasarkan semakan di Google Maps, rumah itu kelihatan sedikit berbeza pada tahun 2019 tetapi pesawat lama yang unik itu tetap utuh dan masih tersergam megah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI