30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupMurid Malaysia tunduk hormat ke arah kenderaan macam anak Jepun sebaik melintas...

Murid Malaysia tunduk hormat ke arah kenderaan macam anak Jepun sebaik melintas jalan depan sekolahnya, undang pujian ramai

Semua mengenali masyarakat Jepun terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan beradab sopan yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Sebagai contoh, anak-anak Jepun telah diajar supaya tunduk kepada kenderaan yang berhenti untuk membenarkan mereka melintas jalan, dan itu adalah satu perkara yang normal.

Tangkap Skrin / YouTube

Tetapi sikap sopan itu tidak terhad kepada anak-anak murid Jepun dan bukan hanya di Jepun, rupa-rupanya..

Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah menengah dari Malaysia melakukan perkara yang sama dan ia telah menarik perhatian para pengguna media sosial.

TikTok

Semuanya menjadi tular selepas pengguna TikTok Syed Azzman berkongsi video dashcam berdurasi tujuh saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari melintas jalan menggunakan lintasan zebra di hadapan SMK Kota Kemuning di Shah Alam.

Paparan dashcam kenderaan itu boleh dilihat berhenti dengan hampir sepenuhnya bagi membolehkan pelajar sekolah menengah ini melintas jalan.

TikTok

Namun, apa yang mengejutkan ramai warganet ialah tindakan spontan pelajar itu yang sopan menunduk hormat ke arah kenderaan selepas dia selesai melintas jalan sambil berhenti seketika di tengah jalan tanda berterima kasih.

Pelajar itu memberi tunduk hormat 90 darjah kepada pemandu kenderaan sambil membawa beg galas dan memegang fail merah dengan kedua-dua tangannya.

TikTok

Dengan sopan dan comel, dia meninggalkan lintasan zebra selepas mengucapkan terima kasih bersama gerak tunduk hormatnya itu.

Syed Azzman berkata video dashcam itu diambil pada 25 Jun lalu dan beliau melahirkan rasa terkejut sambil berasa ia sesuatu yang baharu di Malaysia. 

Tambahnya, pelajar SMK itu mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sikap yang sangat baik untuk dijadikan contoh.

Sementara itu, para warganet turut memuji sikap pelajar sekolah menengah berkenaan, kerana tinggi adab sejuk hati memandang..

TikTok

Nampaknya, ia bukan kes terpencil kerana pada 26 Jun, Syed Azzman memuat naik satu lagi video yang menunjukkan tindakan sama daripada orang lain, yang tunduk kepada kenderaannya selepas beliau berhenti bagi memberikan laluan pengunjung melintas jalan di tempat letak kereta Decathlon Shah Alam.

Seorang gadis dilihat membantu seorang lelaki berkerusi roda elektrik untuk melintas jalan.

TikTok

Dan dia kemudian menunduk hormat dan melambaikan tangannya tanda ucapan terima kasih.

TikTok

Dan selepas itu, gadis ini menunggu lelaki berkerusi roda itu melintas jalan dengan selamat.

TikTok

Video TikTok Syed Azzman bahagian pertama yang tular sehingga kini telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan 173,000 suka dengan barisan pujian.

Semoga kita semua boleh menunjukkan sikap yang baik seperti mana dilakukan oleh adik-adik ini dalam kehidupan seharian. Tak rugi apa-apa pun jika sikap yang baik terpuji itu terus menjadi amalan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI