Filem terbaharu ‘Mat Kilau’ arahan Syamsul Yusof telah memulakan tayangannya pada 23 Jun yang lalu. Filem adaptasi fakta sejarah yang mengisahkan tentang perjuangan para pahlawan Melayu diketuai tokoh pejuang kemerdekaan Mat Kilau mempertahankan tanah air tercinta daripada penjajah British.
Watak Mat Kilau dibintangi oleh Adi Putra dengan barisan mantap pelakon yang cukup berbakat dan hebat seperti Fattah Amin, Beto Khusairy, Johan As’ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Disebabkan itu, fenomena Mat Kilau melanda di beberapa pawagam tanah air dengan ramai juga penonton yang hadir mengenakan pakaian berkonsep Melayu siap dengan tanjak dan samping.
Menerusi beberapa rakaman TikTok yang tular, ia memaparkan beberapa penonton datang ke pawagam dengan mengenakan gaya pemakaian yang sama dipakai orang Melayu ketika zaman Mat Kilau menentang penjajah British di Pahang.

Ramai penonton yang teruja menyaksikan filem Mat Kilau sehingga ia menjadi satu fenomena dan ‘trending’ di media sosial kini.
Mana tidaknya, filem Mat Kilau telah meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan dan pembukaan, kutipan tertinggi untuk filem epik Melayu dalam sejarah filem tempatan.
Maka tidak hairanlah ramai yang bersemangat mahu menonton filem Mat Kilau seperti mana semangat perjuangan dan aksi pahlawan hebat yang ditonjolkan dalam filem itu.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman TikTok berkenaan:
“Bangkit anak Melayu..Junjung adat..Kenang jasa pahlawan dahulu mempertahankan negara..”
“Wow semangat kemelayuan..Hebat! Hebat!”
“Kalaulah filem perjuangan ini dibuat seperti Avengers Mat Kilau, Dato Maharajalela Rentap semua power..”
“Tuan hamba hendak ke mana? Hamba ingin menonton wayang..”

Jangan lupa tempah tiket anda dan saksikan filem epik penuh aksi ‘Mat Kilau’ di pawagam berdekatan sekarang.
Ramai yang telah menonton beri ‘rating 10/10’ dengar katanya..
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: