27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalMujur jurulatih tangkas bertindak, detik cemas perenang artistik pengsan ketika rutin latihan

Mujur jurulatih tangkas bertindak, detik cemas perenang artistik pengsan ketika rutin latihan

Perenang dari Amerika Syarikat berhadapan detik cemas apabila tiba-tiba pengsan ketika melakukan rutinnya dalam satu kejohanan akuatik dunia. Bagaimanapun, tindakan pantas jurulatihnya telah meraih perhatian ramai.

Insiden mencemaskan itu berlaku di Kejohanan Akuatik Dunia FINA di Budapest, Hungary pada 22 Jun lalu.

Perenang artistik Amerika Syarikat, Anita Alvarez, 25 tahun berada di kolam renang, dan baru sahaja selesai melakukan rutin latihan apabila secara tiga-tiba tidak sedarkan diri dan mula tenggelam ke dalam kolam sedalam tiga meter.

Gambar Daily Mail

Jurulatih Alvarez, Andrea Fuentes, 39 tahun, pemenang pingat Olimpik renang seirama empat kali pantas melompat ke dalam kolam apabila dia melihat anak didiknya mula tenggelam ke dasar.

Fuentes tangkas menariknya ke permukaan dan membawanya ke tepi kolam.

Gambar Daily Mail

Anita Alvarez yang bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 dan 2020 yang merupakan Atlet Renang Artistik Terbaik Amerika Syarikat 2021 menerima rawatan kecemasan dan sejurus itu mula bernafas semula.

Alvarez telah dibawa keluar dengan pengusung selepas kejadian dan dilaporkan beransur pulih.

Gambar Daily Mail

Namun, ia adalah satu insiden yang menakutkan. Bayangkan sekiranya kejadian tersebut tidak disedari dengan cepat oleh khalayak sekeliling?

Fuentes dalam temu bual sebuah stesen radio berkata dia terpaksa melakukan terjun masuk kerana pasukan penyelamat tidak bertindak dengan pantas.

Gambar Daily Mail

“Apabila seorang perenang menamatkan rutin, perkara pertama yang mereka mahu lakukan ialah bernafas. Ketika kejadian saya melihat Alvarez tidak lantas naik ke permukaan untuk bernafas malah tenggelam ke dasar kolam..

“Saya berkata kepada diri sendiri, ‘Sesuatu sedang berlaku,’ dan memanggil penyelamat. Mereka tidak bertindak balas, jadi selepas beberapa saat, saya terus berlari terjun ke dalam kolam secepat mungkin..

Gambar Daily Mail

“Rasanya tidak pernah saya berenang sepantas itu sebelum ini, walaupun ketika saya mendapat pingat Olimpik. Akhirnya saya dapat membangunkan Alvarez yang kaku dan dia tidak bernafas, kemudian barulah penyelamat datang,” kata Fuentes.

Jurulatih itu kemudiannya berkongsi perkembangan Alvarez di Instagram.

Gambar Daily Mail

“Alvarez okay, doktor periksa semua bahagian yang penting dan kesemuanya normal. Kadar jantung, oksigen, paras gula, tekanan darah dan lain-lain. Semuanya baik-baik saja..

“Kita kadang-kadang terlupa ini boleh berlaku dalam sukan ketahanan tinggi yang lain. Maraton atau berbasikal kita semua telah melihat imej di mana sesetengah atlet mungkin tidak berjaya ke garisan penamat dan yang lain membantu mereka untuk ke sana.”

Gambar Daily Mail

“Sukan kami tidak berbeza daripada yang lain, cuma ia hanya berlangsung dalam kolam, kami cuba melakukan yang terbaik yang kadang kala melebihi had. Alvarez semakin baik sekarang dan doktor mengatakan dia juga stabil,” kata Fuentes.

Ini bukan kali pertama Fuentes terpaksa menyelamatkan perenang itu. Tahun lalu, Alvarez turut mengalami keadaan seumpama ini semasa acara kelayakan Olimpik di Beijing, lapor Reuters.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI