27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaInspirasi“Kembali kepada tuan,” Nenek beli kasut roda terpakai untuk bangkitkan hobi zaman...

“Kembali kepada tuan,” Nenek beli kasut roda terpakai untuk bangkitkan hobi zaman gadis, tanpa menyangka bertemu takdir berusia 40 tahun

Tiada yang kebetulan di dunia ini, semuanya sudah ditakdirkan. 

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Renee Forrestall dari Kanada mempercayainya.

Renee, guru seni sekolah menengah di Halifax, Nova Scotia, berusia 60 tahun pada akhir bulan lalu dan merancang untuk membeli hadiah istimewa untuk memberkati usia emasnya.

YouTube

Apa yang hendak dibeli? Tidak mahu kek, tidak mahu bunga, Renee mahukan kasut roda…

Secara tidak sengaja dan tidak dapat dijelaskan, Renee teringat zaman mudanya yang suka meluncur dengan kasut roda semasa masih anak gadis, kerana dia seorang remaja yang kesepian. 

Renee sering memakai kasut roda dan meluncur ke sana ke mari di jalanan atau di luar rumahnya.

Kali terakhir Renee meluncur dengan berkasut roda adalah 40 tahun lalu, dan nenek ini masih mahu mencubanya.

Renee pada mulanya telah membeli sepasang kasut roda hitam yang baharu, yang diperbuat daripada kulit, dan rodanya berwarna putih lut sinar, dengan kesan berkilauan berwarna-warni selepas dia menggelongsor.

YouTube

Kasut itu memang sesuai dan dia boleh meluncur tanpa sebarang masalah, tetapi Renee merasakan penghayatannya agak tidak sama seperti ketika dia masih muda.

Jadi, selepas seminggu meluncur, Renee memutuskan untuk membeli kasut roda terpakai.

Renee mula mencari “kasut roda vintaj” di pasaran terpakai dalam Facebook, dan dia segera menemui item yang baru dimuat naik dua jam sebelumnya.

Perkara pertama yang menarik perhatiannya ialah harga kasut roda itu, hanya $40 yang jauh lebih murah daripada di kedai.

YouTube

Perkara kedua, sepasang kasut roda itu sememangnya “model retro”, dengan badan kasut putih ringkas dan roda kasut merah berat, direka sepenuhnya dari abad yang lalu.

Dan…adakah ia sama seperti kasut roda yang dipakainya semasa remaja?

Renee berasa samar-samar di dalam hatinya.

Penjual kasut roda berwarna putih itu ialah seorang lelaki bernama Bond, James Bond, dengan nama sebenar. Bukan olok-olok..

YouTube

Baru-baru ini, Bond mahu berpindah dan menjual banyak benda lama yang tidak perlu berada di rumahnya, yang termasuk kasut roda yang telah mengumpul habuk di ruangan bawah tanah rumah selama bertahun-tahun.

Peraturan urus niaga Bond mudah sahaja, pelanggan mesti membayar di rumahnya untuk mengambil barang, “first come first serve..” dan Bond tidak menerima pembayaran dalam talian.

YouTube

Renee tinggal di bandar yang sama dengan Bond, tetapi dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan pada masa itu dan meminta Bond apabila bertanya kalau boleh dia menyimpan dahulu kasut roda itu untuknya dan menjual kepadanya apabila dia tiba.

Bond menolak semua bakal pembeli yang lain dengan keperluan mendapatkan kasut roda retro itu, tetapi apabila bercakap dengan Renee, atas sebab tertentu, ia terasa menyentuh hati lantas terus bersetuju untuk menyimpannya buat pertama kali.

Apabila Renee memandu ke pintu rumah James Bond dua hari kemudian, dia mendapati kasut roda itu kotor, tetapi ia sesuai dan sempurna.

YouTube

Malah, agak terlalu sesuai dan sepadan..

Renee berkata, “Saat itu seperti Cinderella memakai kasut kristalnya sendiri, yang sesuai muat dengan sempurna, sukar untuk dipercayai.”

Renee bertanya kepada Bond dari mana dia mendapatkan kasut itu, dan Bond berkata dia tidak ingat, tetapi kasut itu mempunyai nama pemilik asal padanya.

Perkara seterusnya, Renee tidak akan lupa..

Dia membuka lidah kasut itu dan mendapati tertulis R. Forrestall. Bukankah itu namanya, dan tulisan tangan itu juga miliknya!!

YouTube

“Air mata saya keluar dengan sekelip mata, dan saya teringat ini adalah kasut roda milik saya semasa saya masih muda. Tahun-tahun berlalu melintas di hadapan mata saya,” kata Renee.

Ketika usianya kira-kira 16 atau 17 tahun, Renee tidak berpuas hati kerana kehilangan sesuatu yang penting dalam hidupnya. Ibunya membelikannya kasut roda ini untuk menggembirakan hatinya.

YouTube

Pada zaman kanak-kanak perempuan yang sayu, Renee selalu memakai kasut ini seorang diri, meluncur perlahan-lahan melalui orang ramai dan lalu lintas, membiarkan bayangan dan cahaya melalui pepohon melewatinya.

Ia adalah masa yang ‘sangat emosional’, pahit manis dengan hanya sentuhan kesedihan dan kemanisan apabila difikirkan semula.

Nama yang tertulis di lidah kasut itu, terima kasih kepada bapa Renee. Mereka tinggal dalam keluarga yang besar, dan bapanya meminta anak-anak menandatangani barang-barang mereka bagi mengelakkan pertengkaran.

YouTube

Dengan pen penanda kekal, Renee menulis nama pada kedua-dua kasut roda, dengan berhati-hati, yang ditekan dengan kemas.

Renee menyukai kasut roda itu, tetapi selepas 4 atau 5 tahun meluncur, dia menjualnya ketika mengadakan jualan laman untuk menyimpan wang.

“Saya selalu menyesal menjualnya. Selepas kehilangannya, saya tidak pernah meluncur lagi,” kata Renee.

YouTube

Untuk bertemu semula dengan kasut roda itu selepas 40 tahun, Renee sangat teruja dan merasakan ia memang sepatutnya berlaku.

“Saya tidak tahu berapa ramai pemilik kasut roda itu telah bertukar tangan dalam beberapa dekad yang lalu. Rodanya telah haus teruk, kulit kasutnya telah menjadi kuning dan talinya hampir tidak boleh digunakan,” katanya.

YouTube

Selepas membeli kasut itu, Renee membersihkannya dan pergi ke kedai luncur kasut roda di Halifax untuk membaik pulih roda dan menukar tali merah yang baharu.

Kini, kasut roda itu kelihatan sama seperti dahulu.

YouTube

Anak perempuan Renee membuat video kisah pertemuan semula itu dan menyiarkannya di Tiktok, yang telah ditonton lebih daripada 1.5 juta kali dalam beberapa hari.

Antara komen para netizen:

“Jika anda mencintai sesuatu, lepaskan ia pergi. Jika ia kembali, maka ia bermaksud untuk menjadi milik anda buat selama-lamanya.”

“Anda ditakdirkan untuk memiliki kasut roda ini, segala-galanya berlaku kerana bersebab.”

“Kisah ini perlu dijadikan animasi pendek yang comel tentang sepasang kasut roda yang bergelut untuk mencari pemilik asalnya. Ah, saya akan menangis..”

Manakala, penjualnya James Bond pula berkata yang dia sangat terkejut.

YouTube

“Saya memberitahu teman wanita saya yang ini sepatutnya menjadi animasi Disney. Sejujurnya, semuanya memenuhkan hati saya dengan kegembiraan,” katanya.

Bond tidak fikir ia satu kebetulan apabila Renee bertemu semula dengan kasut rodanya, kerana dia tidak dapat menjelaskan nalurinya pada masa itu, yang dia mesti menjual kasut roda itu kepada wanita ini dengan perasaan aneh.

“Dia hanya bertanya tiga atau empat soalan mudah dan kemudian bercakap tentang bagaimana dia suka meluncur semasa muda. Ada sesuatu dalam kata-katanya yang mengejutkan saya, tetapi saya tidak dapat memberitahu apa dia. Ia adalah gerak hati yang unik,” jelasnya.

YouTube

Renee juga tidak fikir ia adalah satu kebetulan apabila berkata, “Alam semesta benar-benar berfungsi dengan cara yang misteri, dan saya fikir ada sebab untuk semua ini berlaku.”

Pada musim panas ini, Renee akan berlatih meluncur kasut roda dengan rakan-rakan lamanya. Dia menonton banyak video pembelajaran meluncur dalam talian dan merupakan sebahagian daripada pasukan luncur kasut roda senior.

YouTube

“Wanita tertua yang pernah saya lihat berusia 90-an dan dia masih meluncur. Saya percaya ini menunjukkan selagi ia adalah sesuatu yang anda suka, ia tidak pernah terlambat untuk bermula,” katanya dengan bersemangat.

Hobi masa muda diteruskan sehingga usia tua. Meluncur dengan kasut roda sudah pasti satu aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI