Seorang wanita muda berusia 23 tahun adalah ‘ibu’ kepada 34 orang ‘anak’? Sekali menyangka, ia agak mengejutkan apabila memikirkannya.
Tetapi rupa-rupanya wanita ini, Tusayiwe Mkhondya dari Malawi mengasaskan organisasi amal dikenali “You Are Not Alone” (YANA), yang mengambil dan menguruskan anak-anak yatim, kanak-kanak jalanan dan ibu muda dengan keperluan utama membantu mereka menjaga dan menguruskan kehidupan seharian.
Walaupun selepas jam 7 malam, sesudah menidurkan semua kanak-kanak, Tusayiwe masih tidak boleh tidur kerana dia perlu ‘bersiap siaga’ dan jika perlu berjaga sepanjang malam untuk memberi makan, menukar lampin atau menenangkan bayi yang menangis pada bila-bila masa.
Menerusi rakaman video TikTok@tusaiweyana yang dimuat naik oleh Tusayiwe, ia memaparkan rutin dan kehidupan hariannya sebagai ‘ibu’ yang hebat kepada anak-anak kurang bernasib baik, seperti bangun pada jam 4 pagi setiap hari dan menyediakan tiga hidangan untuk semua kanak-kanak.
Walaupun kanak-kanak yang lebih besar akan membantu melakukan kerja rumah, tetapi Tusayiwe masih sibuk dari pagi sehingga malam, kerana ada bayi yang menangis di tengah malam, dan pada masa ini dia perlu memikul tanggungjawab untuk menenangkan mereka.
The Sun melaporkan Tusayiwe sendiri pernah melalui pengalaman menjadi ibu tunggal dan gelandangan pada usia 18 tahun yang mendorongnya membuka ‘YANA’.
Oleh kerana dia sangat mengalami perasaan golongan muda tidak berdaya dan berputus asa, jadi ibu muda ini memutuskan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan semampu yang mungkin melalui organisasi ini.
Tusayiwe berkata kesemua kanak-kanak ini tidak semua ditinggalkan. Ada yang menjadi anak yatim, ada yang mempunyai ibu atau bapa tunggal, dan ada yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka sama sekali. Kanak-kanak dalam pusat perlindungan itu berusia antara 5 bulan dan paling tua remaja berusia 16 tahun.
Untuk membantu remaja dan kanak-kanak yang berada dalam situasi yang sama, Tusayiwe berharap YANA dapat mengajar kanak-kanak ini dengan asas pengetahuan, memperkasa diri dan kemahiran hidup demi masa depan mereka.
Rata-rata pengguna TikTok mengagumi usaha murni dan mulia Tusayiwe selepas melihat video itu dan meninggalkan mesej mereka:
“Anda telah melakukan perkara yang hebat untuk mereka, teruskan usaha murni anda!”
“Semoga Tuhan sentiasa memberkati anda..”
Tusayiwe berkata walaupun dia nampaknya hampir tidak mempunyai masa untuk diri sendiri, tetapi ada masa-masanya ‘pembantu kecil’ dalam organisasi itu akan membantu untuk meringankan bebannya.
Ibu muda gigih berhati mulia yang hebat ini berkata dia masih boleh mencari masa untuk berehat dan amat berterima kasih kepada dunia luar atas sokongan dan galakan yang diberikan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: