Kehidupan sebagai seorang pemandu trak yang sentiasa sibuk berada di atas jalan raya sudah pasti amat mencabar, terutamanya dengan terpaksa meninggalkan anak-anak kecil di rumah selama berminggu malahan berbulan demi melaksanakan tugas.
Namun pertemuan semula yang mesra dan penuh kasih sayang dengan si kecil sudah pasti amat berbaloi terubat rindu untuk segala masalah dapat dilupakan buat seketika.

Dakapan mesra menyentuh hati seorang anak kecil dengan ayahnya yang pulang dari bekerja sebagai pemandu trak menjadi tular dan mencairkan hati seluruh warga TikTok serta platform media sosial lain.
Ibu anak kecil Kolt dikenali [email protected] merakam sebuah video momen manis lagi menyentuh hati si kecil berlari memeluk bapanya dan meraih lebih 10 juta tontonan dan 18,000 komen apabila dia memuat naiknya di TikTok.

Dalam video itu, Alexis bersama si kecil Kolt, sedang menukar lampin pakai buang apabila ayahnya yang bekerja sebagai pemandu trak 18 tayar memandu pulang memasuki jalan berdekatan halaman rumah.
Sejurus selepas mendengar deruan enjin trak ayahnya yang pulang dan memberhentikannya di laman rumah, Kolt berlari pecut mati-matian, sambil menanggalkan topi kecilnya dengan girang untuk mendakap ayahnya.

Anak kecil itu juga sepantas kilat dirangkul oleh ayahnya, yang mungkin tidak dapat membayangkan menerima ucapan “selamat kembali” antara yang terbaik di dunia.
Boleh bayangkan perasaan saling merindui anak lelaki dan bapanya ini.

Video yang menerima pelbagai reaksi penuh emosi pengguna TikTok dan media sosial lain:
“Saya memandu trak lima hari dalam seminggu, dan tiada apa yang lebih mencairkan hati saya daripada melihat senyuman di wajah anak saya apabila saya berjalan melalui pintu.”
“Perasaan terbaik di dunia apabila bayi anda menyambut anda dengan cara itu.”
“Larian deras dan balingan topi itu memberitahu keseluruhan cerita.”

“Mengalirkan air mata orang tua.”
“Tidak jemu menonton berulang kali. Sangat menyukainya!”
Memang rasa bahagia disambut mesra oleh si kecil dengan senyumannya itu, yang boleh melupakan segala masalah.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: