Ramai sukakan kuah kacang yang sememangnya lazat, biasa dimakan padu bersama satay. Rasanya yang manis, pedas, lemak dan masin dengan serba-serbinya yang cukup, memang layan dimakan bersama hidangan popular itu ditambah dengan nasi impit, ketupat segera dan lontong.
Resipi kuah kacang oleh Nurul Ateekah ini sangat pekat memukau selera untuk dicuba. Menjelang Syawal dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri, kuah kacang antara hidangan yang wajib ada untuk disajikan bersama hidangan tradisi hari raya di rumah anda.
Bagi yang tiada resipi ini semasa hari raya, apa kata anda cuba guna resipi kuah kacang pekat hasil perkongsian Nurul Ateekah yang tular di kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
RESIPI KUAH KACANG
Pekat-pekat makan dengan nasi impit macam gini terbaik!
BAHAN-BAHAN:
- 500gram kacang tanah (disangai atas api).
- Minyak masak=1 senduk.
- Air putih=1 liter.
- Air asam jawa =3 sudu.
- Gula putih=250gram.
- Gula merah/melaka= 100gram.
- Garam=1 sudu kecil.
- Cili kisar(1½ senduk).
- Serai =2 batang.
- Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 sen).
- Bawang putih= 3 ulas.
- Lengkuas =2 cm.
- Udang kering= 1½ sudu besar.
CARA-CARA MEMASAK:
1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api yang perlahan) goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
2. Kisar/blender bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih sehingga halus.
3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi…masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana).
4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
5. Masukkan gula melaka/gula merah, gaul hingga sebati.
6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam, dan serai serta digaul sebati.
7. Masak mengunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuahnya pekat serta rasa dengan secukup rasa yang dimahukan.
Selamat mencuba resipi kuah kacang pekat hasil perkongsian Nurul Ateekah menjelang hari raya nanti.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: