30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupPantas guna teknik ‘Heimlich Maneuver’, guru jadi wira selamatkan pelajar tercekik penutup...

Pantas guna teknik ‘Heimlich Maneuver’, guru jadi wira selamatkan pelajar tercekik penutup botol air

Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila tercekik penutup botol air di dalam kelas. Kejadian ini berlaku di East Orange Community Charter School di New Jersey, Amerika Syarikat.

Rakaman CCTV menunjukkan pelajar itu pada mulanya tidak dapat membuka penutup botol air dengan tangannya lalu dia membukanya dengan menggunakan gigi.

Twitter

Menurut New York Post, pelajar gred tiga itu, yang dikenali sebagai Robert Stonaker, cuba menggunakan giginya untuk memulas botol air apabila secara tiba-tiba air telah menolak penutup itu ke bahagian kerongkongnya.

Pelajar itu bergegas ke singki untuk mengeluarkan penutup botol tetapi tidak berjaya dan terus berlari meminta bantuan gurunya yang berada di dalam kelas ketika itu. 

Twitter

Gurunya, Janiece Jenkins bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan dengan melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’.

“Saya memulas botol air itu dengan gigi dan kemudian air menolak penutup ke bahagian kerongkong saya,” kata Robert.

Twitter

“Saya pergi ke singki untuk mengeluarkannya tetapi tidak berjaya dan saya terus berlari meminta bantuan guru saya,” tambahnya.

Guru Jenkins bertindak dengan pantas melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’ selepas Robert berlari ke arahnya dalam keadaan kelam-kabut di hadapan bilik darjah yang panik diperhatikan para pelajar lain.

Twitter

“Dia menunjuk ke arah lehernya dan tidak boleh bercakap. Jadi, saya memusingkan badannya dan melakukan teknik Heimlich Maneuver,” kata guru itu.

Teknik ‘Heimlich Maneuver’ merupakan teknik keselamatan universal yang digunakan di seluruh dunia untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami masalah tercekik sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Twitter

Berikut adalah apa yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat orang mengalami situasi kecemasan tercekik dengan serius:

1. Arahkan seseorang untuk memanggil ambulans dengan secepat mungkin.

2. Teliti dahulu sebelum melakukan ‘Heimlich Maneuver’:

  • Mangsa terbatuk-batuk dan tidak bercakap.
  • Mangsa berada dalam keadaan sedar.
  • Mangsa berumur lebih dari satu tahun.
Public Health Malaysia/Facebook

Cara-cara melakukan ‘Heimlich Maneuver’:

1. Berdiri di belakang mangsa.

2. Genggam tangan dan letakkan bahagian ibu jari genggaman anda sedikit di atas pusat mangsa.

3. Eratkan tangan yang satu lagi ke genggaman tangan anda.

4. Dengan pantas, tekan ke dalam dan ke atas badan mangsa dengan genggaman anda.

5. Ulangi tekanan sehingga objek yang tersekat itu terkeluar.

6. Sekiranya anda melakukan langkah kepada kanak-kanak, berlutut ke arah mangsa dan letakkan kepala anda di sisinya.

7. Sekiranya tidak berjaya atau mangsa pengsan, lakukan CPR kepada mangsa sehingga bantuan paramedik tiba.

Twitter

Tindakan pantas guru wira itu dengan menunjukkan teknik ‘Heimlich Maneuver’ dengan betul dan menyelamatkan pelajarnya telah mendapat perhatian warganet dengan lebih 3.5 juta tontonan di Twitter.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI