30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaBasikal lajak: Rayuan difailkan ke Mahkamah Rayuan, lebih sejuta tandatangan petisyen 'Bebaskan...

Basikal lajak: Rayuan difailkan ke Mahkamah Rayuan, lebih sejuta tandatangan petisyen ‘Bebaskan Sam Ke Ting’

Sam Ke Ting, 27 tahun, yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April kerana mengakibatkan kematian lapan remaja basikal lajak lima tahun lalu, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan itu.

Peguamnya Muhammad Faizal Mokhtar berkata beliau telah memfailkan notis usul kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, untuk mengetepikan hukuman penjara enam tahun, dan denda RM6,000 yang dijatuhkan ke atas Sam, lapor Malay Mail.

Mahkamah Tinggi mendapati Sam, yang bekerja sebagai kerani, bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu apabila merempuh sekumpulan remaja yang menunggang basikal yang diubah suai atau ‘basikal lajak’ di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.30 pagi, 18 Februari 2017.

Twitter

Dalam penghakimannya, Hakim Abu Bakar membatalkan keputusan Majistret Siti Hajar Ali yang membebaskan Sam Ke Ting pada Oktober tahun lalu. Hakim Abu Bakar juga memutuskan Mahkamah Majistret telah terkhilaf kerana tidak memutuskan pembelaan wanita berusia 27 tahun itu yang dia tidak melihat remaja-remaja itu dalam kegelapan.

Sam yang berusia 22 tahun ketika kejadian, memandu pada kelajuan 44.5km/j atau 75.8km/j di lorong paling kiri di tempat kejadian. Keterangan beliau sepadan dengan kajian yang dijalankan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Peguam Sam, Faizal Mokhtar berkata mereka telah memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu dari Mahkamah Rayuan dan mereka juga telah memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran rayuan kes itu.

Sambil melahirkan rasa terima kasih atas semua sokongan yang ditunjukkan kepada Sam, peguamnya menjelaskan kedua-dua permohonan itu diperlukan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Kes itu bermula di Mahkamah Majistret, di mana Sam dibebaskan dua kali.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan terdahulu pembebasan Sam yang kini perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah Rayuan bagi memboleh meneruskan rayuan.

Kali pertama Sam dibebaskan adalah pada Oktober 2019 dan diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Februari 2021. Mahkamah Majistret kemudian membebaskannya sekali lagi pada Oktober tahun lalu.

Sekadar Gambar Hiasan

Susulan itu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengarahkan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan Sam pada tahun lalu, yang membawa kepada hukuman terbaharu itu.

Sam Ke Ting yang berada di bawah tahanan polis telah dipindahkan ke sayap wanita Penjara Kluang di Johor, lapor Malay Mail.

Mahkamah Tinggi sebelum itu telah menolak permohonan peguamnya untuk menangguhkan hukuman itu sementara menunggu rayuan.

Dalam perkembangan terbaru, permohonan rayuan Sam Ke Ting terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditetapkan untuk didengar pada hari Isnin, 18 April pada jam 9:00 pagi di Mahkamah Rayuan No 3 di Putrajaya, lapor FMT.

Sementara itu, lebih satu juta tandatangan telah dikumpulkan dalam petisyen berasingan yang menuntut keadilan untuk Sam Ke Ting.

Keputusan itu telah menyaksikan empat petisyen dalam talian dilancarkan di Change.org, dengan dua daripadanya masing-masing berjaya mendapatkan 500,000 tandatangan setakat jam 6 petang 14 April.

Petisyen pertama dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan, dengan menggesa pembebasan Sam daripada hukuman “tidak boleh diterima” oleh Mahkamah Tinggi.

“Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman baharu terhadap Sam, di mana fakta menyokong bahawa beliau adalah pemandu yang bertanggungjawab, dan mangsa sebenar dalam kemalangan ini,” kata pemula petisyen itu, seorang pengguna bernama Wan Junaida.

Tangkap Skrin Change.org

Dengan hashtag #FreeSamKeTing, petisyen itu berkata Sam sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu di Mahkamah Majistret Johor Bahru yang menyatakan beliau tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefonnya, dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Ini membuktikan beliau memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati, tetapi ia adalah jalan yang gelap, berbukit, dan berliku di mana pemandu tidak dapat menjangka akan terdapat geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.”

Sebaliknya, petisyen itu menyatakan remaja dan ibu bapa mereka yang menjadi punca kejadian itu, kerana mereka merayau-rayau di jalan raya dengan basikal lajak pada waktu tengah malam.

“Kami enggan menerima penghakiman ini, dan berusaha agar hukumannya dibatalkan, supaya tidak merompak masa depan cerah seorang warganegara Malaysia yang masih muda dan tidak bersalah,” kata petisyen itu.

Petisyen itu telah mendapat lebih 800,000 tandatangan dan terus meningkat.

Sementara itu, petisyen lain dengan lebih 500,000 tandatangan, bertajuk ‘Keadilan untuk Sam Ke Ting’, menyeru agar keadilan ditegakkan walaupun terdapat kepahitan kehilangan nyawa dan korban.

“Tiada siapa yang mahu kemalangan ini berlaku, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kehilangan jiwa muda. Tidak dinafikan akan terdapat emosi yang terpahat dalam kes ini, tetapi keadilan perlu ditegakkan. Kebenaran dan fakta tidak boleh diabaikan,” kata petisyen itu dengan pemulanya dikenali Muhammad Affin.

Turut ditujukan kepada Mahkamah Rayuan, petisyen itu berkata, “Insiden tragis itu berlaku di jalan raya selepas jam 3 pagi. Jalan raya dan lebuh raya adalah untuk kereta, bukan untuk basikal yang diubah suai atau nama lain ‘basikal lajak’.”

Sambil menambah Sam telah terbukti memandu dalam had laju yang ditetapkan pada hari kejadian, dan beliau juga pernah dibebaskan sebanyak dua kali sebelum ini, jadi tidak masuk akal untuk mahkamah sekali lagi membatalkan keputusan itu.

“Walaupun kehilangan nyawa itu adalah tragis, kita tidak boleh terus memangsakan yang lain,” kata petisyen itu yang menggesa keadilan untuk Sam Ke Ting.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI