30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiAnak muda Malaysia tamatkan larian sejauh 500km dalam suhu sub sifar demi...

Anak muda Malaysia tamatkan larian sejauh 500km dalam suhu sub sifar demi mengumpul dana untuk kanak-kanak HIV

Apabila seseorang telah menetapkan matlamat dan misi untuk mengumpul dana bagi tujuan yang murni, maka dia akan cenderung membawa dirinya dengan tanpa had sehingga mencapai kejayaan membanggakan.

Pelari ultra Malaysia, Jeff Lau, baru-baru ini menjadi tajuk utama media selepas beliau melepasi garisan penamat untuk perlumbaan sejauh 500km selama 10 hari mengharungi keadaan sejuk melampau di Sweden bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang berkemampuan yang hidup dengan HIV.

Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan perlumbaan Montane Lapland Arctic Ultra di Överkalix, Sweden, pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (5 petang di Malaysia) pada 16 Mac.

Jeff Lau/Facebook

Perlumbaan itu berlangsung di laluan kereta salji di Lapland Sweden, di mana pelari mengembara meredah sungai, tasik dan hutan selama 10 hari dalam keadaan suhu melampau sub sifar yang boleh turun sehingga -30 darjah Celsius.

Lau mengambil bahagian dalam perlumbaan mengumpul wang untuk Dana Bantuan Pediatrik Yayasan Aids Malaysia (MAF), yang membantu kanak-kanak yang hidup dengan atau terjejas oleh HIV.

Jeff Lau/Facebook

Lau sebelum ini telah mengambil bahagian dalam beberapa ultramaraton antarabangsa, termasuk perlumbaan solo sejauh 250km sub Sahara tujuh peringkat bagi tujuan mengumpul dana untuk MAF.

Ketika temu bual dengan AUGUSTMAN beberapa hari sebelum acara itu, Lau berkata beliau telah berlatih sejak tahun lepas.

“Saya telah membuat persediaan untuk perlumbaan ini sejak tahun lepas. Saya telah menjalani latihan kecergasan, menyediakan peralatan yang sesuai untuk larian, serta mempelajari struktur perlumbaan dan strategi larian yang dirancang.”

Montane Lapland Arctic Ultra/Facebook

Beliau juga menyebut halangan terbesarnya yang dijangkakan untuk di atasi ialah memastikan diri tidak mengalami frostbite, melepuh, atau mengalami hipotermia sepanjang keseluruhan perlumbaan.

Sebenarnya Jeff Lau hampir tidak berjaya..

Dalam hantaran Facebook oleh Montane Lapland Arctic Ultra, mereka menjelaskan Lau telah sampai ke garisan penamat pada 9:56 pagi yang dalam keadaan biasa tidak cukup pantas kerana tarikh dan masa akhir sepatutnya 9:41 pagi.

Bagaimanapun, MLAU menjelaskan mereka telah menahan Lau selama 30 minit di pusat pemeriksaan selepas larian 185km kerana mereka yang memantau telah pergi untuk mengisi minyak kereta.

“Dalam erti kata lain, ia adalah kesilapan MLAU dan bukan dia. Oleh itu, dia mendapat masa yang dikreditkan yang seterusnya bermakna Jeff bukan sahaja berjalan sejauh 500km tetapi dia juga melakukannya tepat pada masa untuk menjadi penyudah rasmi MLAU! Tahniah!” tulis mereka.

Jeff Lau/Facebook

Kisah Jeff Lau yang berjaya menamatkan perlumbaan yang sukar selama 10 hari itu demi mengumpul dana buat kanak-kanak dengan atau terkesan HIV telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Sangat mengagumkan apabila penganjur menyedari kesilapan dan membetulkan kesilapan itu, sekali gus mengiktiraf kerja keras Jeff Lau. Yang bukan menjadi amalan biasa dalam kalangan orang sekarang, tetapi tabik kepada tahap profesionalisme penganjur di sana.

Tahniah kepada Jeff Lau kerana kejayaannya menamatkan perlumbaan ekstrem yang hebat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI