31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaKesihatanKerap tarik telinga tanda bayi hendak tumbuh gigi.

Kerap tarik telinga tanda bayi hendak tumbuh gigi.

Bayi rata-ratanya tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Namun ada yang lebih awal dari itu malah ada juga yang lebih lewat daripada itu. Usah bimbang, kerana itu adalah perkembangan normal dalam kalangan bayi. Antara tanda-tanda bayi hendak tumbuh gigi ialah air liur meleleh, mereka suka menggigit, suka memasukkan jari ke dalam mulut atau kurang selera makan. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan bayi yang kerap menarik telinga juga merupakan tanda mereka hendak tumbuh gigi?

Mohd Khairul Izwan, seorang doktor gigi berkongsi maklumat di Facebook mengenai tindakan bayi yang kerap menarik telinga adalah tanda dia hendak tumbuh gigi. Dia juga menerangkan tentang kaitan pertumbuhan gigi dengan telinga bayi.

Kata Mohd Khairul Izwan, ketika hendak mula tumbuh gigi yang kebiasaannya berlaku ketika usia bayi 6 bulan, bayi akan mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi yang digelar ‘teething’. Ini merupakan proses fisiologis yang bersifat normal.

Menurut Mohd Khairul Izwan, ketika proses pertumbuhan gigi berlaku, terdapat beberapa keadaan di mana rasa sakit pada gusi ini akan tersebar hingga menyebabkan bayi berasa seolah-olah sakit hingga ke telinga. Ini kerana, saraf dibahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf dibahagian telinga mereka.

Bayi kecil belum pandai menunjuk ekspresi atau tindak balas terhadap rasa sakit yang mereka rasakan. Disebabkan itulah bayi menarik-narik telinganya ketika berasa sakit pada gusinya. Selain itu, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselesaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

Sekiranya ibu bapa berhadapan dengan situasi seperti ini, usah terlalu risau pesan Mohd Khairul Izwan. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan memberikan ‘teether yang disejukkan terlebih dahulu kepada bayi untuk bayi menggigitnya. Namun jika tiada ‘teether’, cara lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan merendam kain atau tuala kecil bersih dalam air sejuk dan memberikannya kepada bayi untuk digigit. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang dialami bayi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI