24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupCara simpan mi basah supaya tahan lama, tidak beku dan patah-patah walaupun...

Cara simpan mi basah supaya tahan lama, tidak beku dan patah-patah walaupun lama dalam peti sejuk

Antara bahan mentah yang mesti ada di rumah ialah mi basah- tidak kiralah mi kuning atau kue tiau. Walaupun jarang antara kita yang memasak mi tetapi kadangkala kalau teringin atau sudah tiada idea untuk memasak lauk, mi adalah pilihan yang paling mudah dan menyelerakan. Sebut sahaja menu mi apa yang hendak dimasak, ada ratusan resipi yang boleh didapati di internet.

Jadi, untuk sekali-sekala, kalau sudah bosan dengan nasi ramai antara kita yang memilih mi sebagai menu utama. Tambahan lagi, mi lebih mudah dan cepat disediakan.

Oleh itu, sesiapa yang mungkin kesuntukan masa, atau mungkin penat seharian di luar balik rumah anda boleh hanya memasak mi goreng misalnya. Bahan-bahannya biasanya sudah ada di rumah dan caranya juga sangat mudah.

Masalah lain muncul apabila mi yang dibeli kadangkala ‘terbiar’ di dalam peti sejuk selama beberapa hari. Niatnya memang hendak masak tetapi mungkin kerana sibuk atau lupa, mi yang dibeli hanya dibiarkan sahaja. Apa yang berlaku kemudian ialah mi tersebut akan mula menjadi keras dan apabila dikeluarkan ianya mula patah-patah.

Sebenarnya ada solusi kepada masalah ini. Berikut adalah petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Hani Mynis yang boleh diikuti untuk memastikan mi basah boleh tahan selama dua hingga tiga minggu.

  • Cara ini sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan selama 3 hari. Letakkan di tempat redup (tiada cahaya matahari) di dapur.
  • Kalau nak tahan selama 2-3 minggu, jangan terus masukkan dengan plastik sebungkus-sebungkus tu ke dalam peti ais. Nanti mi akan mengeras dan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebuskan balik.
  • Mi yang melekat ini juga akan patah bila nak dileraikan. Bila dimasak, hasilnya mi akan jadi tidak cantik.

Cara betul menyimpan mi basah (tip dari penjual laksa & mi kari)

1. Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan teus masukkan ke dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi supaya tidak melekat. Jangan terus masukkan seketul macam tu tanpa diuraikan.
2. Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
3. Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
4. Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini, mi akan bertahan hingga berminggu.
5. Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih kemudian masukkan mi. Hasilnya mi akan menjadi lembut, cantik dan tidak patah-patah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI