26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKisah BenarNGO lancar sidang kemuncak maya membincangkan penuaian organ paksa di China

NGO lancar sidang kemuncak maya membincangkan penuaian organ paksa di China

Satu acara maya yang membincangkan pengambilan organ secara paksa ke atas orang hidup tajaan China, dengan menyasarkan agama dan etnik minoriti, akan diadakan pada 22 Mac 2022.

Pengambilan organ secara paksa daripada tahanan kerohanian yang masih hidup telah wujud secara rahsia selama lebih 20 tahun di seluruh China di bawah pemerintahan Parti Komunis China (PKC), yang menumpukan kepada peningkatan pelanggaran hak asasi manusia pada abad ke-21, menurut penerangan acara itu.

Acara sampingan kepada sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva akan melancarkan webinar dalam talian pada pagi Rabu. Acara dalam talian selama 90 minit itu dihoskan oleh CAP Freedom of Conscience, sebuah badan NGO Eropah sekular dengan Status Perundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dianjurkan bersama oleh Doctors Against Forced Organ Harvesting (DAFOH), sebuah kumpulan advokasi etika perubatan yang berpangkalan di Washington. 

Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times

Mereka akan membentangkan beberapa topik berkaitan bersama beberapa penceramah antarabangsa termasuk ahli politik, pakar, peguam, wartawan, dan aktivis hak asasi manusia, untuk berkongsi pandangan tentang pencabulan hak asasi manusia di China.

Perbincangan meja bulat diikuti dengan sesi soal jawab akan diadakan pada hari berikutnya untuk mencari penyelesaian kepada penuaian paksa dan pemerdagangan organ berskala industri di China.

Jenayah seumpamanya adalah “salah satu jenayah yang paling tidak berhati perut terhadap manusia yang boleh dibayangkan,” kata Torsten Trey, pengasas dan pengarah eksekutif DAFOH. “Adalah memalukan apabila tindakan yang menghina kehidupan manusia telah berlaku selama lebih dua dekad di bawah bidang kuasa badan antarabangsa seperti UNHRC (Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).”

“Tetapi kami masih mempunyai peluang untuk membuat pendirian demi mempertahankan umat manusia,” katanya kepada The Epoch Times.

Pada 2019, tribunal rakyat bebas mendapati, selepas penyiasatan selama setahun, PKC sedang melakukan penuaian organ ke atas tahanan tanpa persetujuan—terutamanya pengamal Falun Gong—pada “skala yang signifikan.” Pengamal Falun Gong, satu disiplin meditasi dan kerohanian berdasarkan prinsip sejati, baik, sabar telah dianiaya dengan kejam oleh rejim China selama lebih dua dekad, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa.

“Pendirian terhadap PKC menjadi pendirian untuk hak asasi manusia di seluruh dunia,” kata ahli politik Belgium Annick Ponthier. Beliau mula mengetahui tentang penuaian organ paksa pada 2020 selepas melihat keputusan tribunal 2019.

“Dan ia benar-benar pelik,” kata Snezhana Georgieva, salah seorang penyampai dalam acara itu kepada The Epoch Times. “Tetapi pada masa sama tidak begitu aneh, apabila sasaran penganiayaan Parti Komunis adalah Falun Dafa—sebuah amalan kerohanian yang mengajar nilai-nilai kemanusiaan dan moral yang mulia seperti kebebasan, belas kasihan, cinta kepada pencipta.”

Tahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerbitkan kenyataan oleh 12 pelapor khas dan pakar PBB pada 14 Jun, yang mengulangi kebimbangan disebutkan di atas. Pakar berkata organ yang paling biasa dikeluarkan daripada tahanan ialah jantung, buah pinggang, hati, kornea, dan lebih jarang, bahagian hati. Proses ini melibatkan pakar bedah, pakar bius dan pakar perubatan lain.

Gambar oleh Joe Klamar/AFP/Getty Images

“Kita mesti berdiri bersama sebagai komuniti antarabangsa untuk melindungi mereka yang suaranya telah didiamkan oleh ketakutan, penindasan, dan kekejaman,” kata aktivis hak asasi manusia Casey Alves dalam satu wawancara baru-baru ini. Alves, membuat kajian mengenai pengambilan organ secara paksa di China untuk penyelidikan sarjananya di Universiti Oxford Brookes, juga akan membincangkan perkara itu bersama panel lain semasa seminar yang akan datang.

September lalu, gabungan lima NGO telah menganjur dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Dunia mengenai Memerangi dan Mencegah Penuaian Organ Paksa dengan kehadiran 38 penceramah dari 19 negara.

Lord Philip Hunt, ahli Parlimen United Kingdom dan bekas Menteri Kesihatan Britain, menyifatkan penuaian organ paksa sebagai “pembunuhan komersil dan tanpa ragu-ragu, antara jenayah yang paling teruk.”

Webinar 22 Mac 2022 akan bermula pada 8:00 pagi GMT dan kini dibuka untuk pendaftaran.

Pembentang pada hari itu termasuk ahli Jawatankuasa Kehakiman Dewan Republikan A.S Steve Chabot (R-Ohio), ahli politik Belanda dari Parlimen Eropah Peter van Dalen, peguam hak asasi manusia Kanada yang memenangi anugerah David Matas, ahli politik Sepanyol dari Parlimen Eropah Hermann Tertsch del Valle-Lersundi, dan penggubal undang-undang Taiwan Tien Chiu-Chin.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI