Antara perkara yang paling menyeronokkan hidup di dalam negara ini ialah dengan kepelbagaian makanan yang sangat lazat. Bermula dengan sarapan hinggalah ke makan malam cakap apa sahaja yang dimahukan semuanya ada!
Antara makanan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat di negara ini ialah ‘Dry Chilli Pan Mee’ yang sememangnya mempunyai rasa unik yang tersendiri. Antara keistimewaan mi ini ialah ikan bilis dan sos pedasnya. Buat mereka yang suka makanan pedas khususnya, mi ini ialah antara hidangan wajib untuk anda cuba.
Namun, kadangkala jika makan di luar rasa hidangan tidak kena dengan tekak dan selera kita. Terkadang ada rasa yang terlebih atau tidak cukup pada lidah kita. Jadi, apa kata kalau buat sendiri di rumah mengikut cita rasa kita. Kalau hendak tambah rasa pedas pun boleh!
Mungkin ramai juga yang menyangka bahawa untuk membuat hidangan ini amatlah sukar dan leceh, tetapi sebenarnya ianya tidaklah sesukar yang difikirkan. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak sukar didapati dan sekarang apa yang diperlukan hanyalah resipi untuk membuat mi enak ini.
Berikut adalah resipi ‘Dry Chilli Pan Mee’ yang dikongsikan oleh seorang netizen, Wan Luqman di laman Facebook miliknya. Lepas ini boleh lah kita cuba menyediakan menu lazat ini di rumah, bila-bila masa yang kita mahukan!
RESEPI DRY CHILLI PAN MEE
Tanya orang rumah kander dia pernah makan pan mee ke tak. Dia tak pernah…sedehhh hehe. Baik, jomlah saya masak untuk awak.
Menu pan mee ni susah jugak nak jumpa. Sesetengah tempat je ada, kebanyakannya kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.
Ada yang sedap, ade yang biasa je. Jadi kita buat sendiri, buat sedap-sedap OK!
Walaupun banyak perkara nak kena buat, ianya senang je sebenarnya.
BAHAN-BAHAN:
- Pan Mee
- Ayam Kicap
- Chilli in oil
- Ikan Bilis
- Pakchoy atau sawi
Jom tengok satu-satu cara nak buat dia. Selamat mencuba!
- IKAN BILIS HANYA PERLU DIGORENG SAJA
1st thing 1st, goreng ikan bilis dahulu.
- PENYEDIAAN CHILLI IN OIL MENYENGAT
Dah siap ikan bilis, kita buat pulak cili dia.
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Udang kering
- Sehiris halia
Blend guna food professor.
Kemudian goreng dengan api perlahan. Jangan lupa lebihkan minyak ye. Kander tambah minyak lepas pada ni. Nak bagi mudah garing.
Perisakan dengan garam dan gula.
Dah siap. Pedas namati.
Boleh la simpan dalam bekas. Cili in oil ni boleh buat makan dengan wantan mee, mee kari Nyonya, nasi goreng ke atau ap-apa je lah. Kalau tambah asam jawa dan blend halus, dia jadi cili pes for Tomyam hehe.
- PENYEDIAAN AYAM TIRAM CENDAWAN
Untuk oyster chicken,
BAHAN-BAHAN:
- Isi dada ayam
- Cendawan shitake.
- Kander guna 5 ketui cendawan shitake. Baru puas hati masak sendiri letak cendawan banyak-banyak hehe.
CARA-CARANYA:
Goreng tumis isi ayam dan cendawan.
Masukkan sos tiram. Ni sos tiram ori tau bukan sos berperisa tiram. Lagi sedappp.
Kicap cair.
Kicap karamel. Sebelum korang tanya kicap karamel ni apa meh aku kabo siap-siap. Lebih kurang sama kicap pekat cuma, kicap karamel sedap lagi.
Masukkan sedikit air untuk bagi dia basah-basah sikit, kemudian perisakan dengan gula dan sedikit stok ayam.
Lepas tutup api, tuang sikit minyak bijan. Dah siap…lazaaattt. Memang sedap ayam tiram cendawan ni.
- PENYEDIAAN PAN MEE
Pan mee kan mee dia flat leper tu. Banyak je ade jual kat pasaraya. Sepaket ni ada 6 ketul…harga RM4 lebih kalau tak silap.
Kander memang standby mee-mee segera kat rumah sebab anak teruna liat betul nak makan nasi. Kalau mee sup dia memang lajuuu makan.
Mudah kan dia dah seketul-seketul macam ni. Senang nak allocate portion for 1 person. Rebus dulu ya.
Lepas dah rebus mee tu, bilas dengan air sejuk sebab dia akan melekat-lekat. Tapis bagi turun semua air, kemudian gaulkan dengan sedikit kicap karamel dan minyak bawang putih.
- SENTUHAN TERAKHIR PENYADURAN MAKANAN
Lepas tu korang plating la susun cantik-cantik. Pan mee ni sesuai dihidang dalam mangkuk. Lebih berselera. Makan pulak dengan chopstick…sooo chineseeee haha.
Tabur daun bawang, serbuk lada putih dan pakchoy. Yang hitam tepi tu black fungus. I loikeeee.
Baru nampak macam makan kat kedai kannn. Buat sendiri, makan sendiri puas hati.
Cubalah buat ya…bahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Kalau ade yang tak faham, boleh je tanya.
Tarik jangan tak tarik! Gaul-gaul semua bahan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: