Tugas sebagai jururawat sudah diketahui satu kerjaya mencabar dan banyak memberi tekanan, namun tetap perlu dilalui demi memastikan amanah digalas dengan penuh rasa bertanggungjawab. Kesabaran yang tinggi diperlukan sekiranya seseorang ingin menjadi jururawat.
Selain melayan dan menjaga pesakit, jururawat juga perlu melayan kerenah ahli keluarga dan itu merupakan perkara paling mencabar yang mereka perlu hadapi.
Perkongsian seorang jururawat menerusi laman TikTok ini menceritakan pengalamannya apabila kerap disuruh menukar ‘pampers’ atau lampin pakai buang dewasa para pesakitnya, meskipun itu bukanlah tugas hakiki mereka, iaitu sebagai ‘waris dan penjaga’.
Menerusi perkongsian jururawat ini dikenali Athirah @athirah_rahmat, selain kisah anak yang sering mengabaikan ibu bapa, sering juga terjadi si suami tidak mahu membantu menukar ‘pampers’ si isteri yang sakit. Jelasnya, suami sering lesap atau terus ‘hilang’ apabila tiba masa untuk menukar pampers dan membersihkan diri.
Biasa seorang isteri akan sanggup berkorban menukar ‘pampers’ si suami, bagaimanapun adakah si suami sanggup melakukan perkara itu? Menurut penjelasan jururawat itu, terlalu ramai suami yang tidak mahu membantu dan menukar ‘pampers’ isteri.
“Kami tahu kerja kami. Tapi kita kena tahu tanggungjawab kita juga okay?” jelasnya.
Mendengar luahan hatinya, rata-rata warganet di TikTok meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendengar pengalaman yang dikongsi oleh jururawat Athirah.
“Lelaki selalu penggeli sangat, konon.. Kalau betul geli boleh tak minta sarung tangan untuk tukar pampers tu?”
“Masyarakat kena faham, tugas jururawat ni bukan cuci najis, itu adalah ihsan.. Kerja jururawat adalah membantu memberi rawatan..”
Ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana dapat menjaga ahli keluarga dan tidak menyuruh jururawat mencuci atau membersihkan najis. Syukurlah untuk semua orang yang faham tanggungjawab mereka.
“Sedihnya, teringat arwah mak, Sepatutnya bila masa yang macam inilah kita ambil peluang untuk berbakti dan mendapat pahala yang banyak.”
“Terbaik buat para jururawat yang baik hati dan sanggup tegur untuk biar banyak mata terbuka, tahniah buat para jururawat yang baik-baik walaupun ada sesetengah juga yang tidak okay.”
Kita sekadar membantu memudahkan jururawat dalam ruang tugasnya, tetapi tentang tugas yang bukan tanggungjawab dia seperti menjaga serta mengurus ahli keluarga terlantar di hospital, sepatutnya kita berasa segan dan malu untuk membebankan orang lain yang mempunyai tugas lain lebih penting.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: