27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalTribunal rakyat bebas putuskan China lakukan genosid terhadap Uyghur di Xinjiang

Tribunal rakyat bebas putuskan China lakukan genosid terhadap Uyghur di Xinjiang

Tribunal rakyat bebas yang berpangkalan di London memutuskan pada 9 Disember, bahawa rejim China telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uyghur dan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang.

Tribunal Uyghur mendapati Parti Komunis China (PKC), melalui pelbagai tindakan penindasan termasuk tahanan beramai-ramai, pemisahan keluarga, pensterilan, dan buruh paksa, telah melaksanakan “dasar yang disengajakan, sistematik dan bersepadu” untuk pembasmian populasi Uyghur di wilayah ini.

Penemuan itu dibuat di tengah-tengah kecaman semakin meningkat terhadap pencabulan hak asasi manusia PKC di Xinjiang dan di wilayah lain menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Dalam beberapa hari kebelakangan, Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Australia dan Lithuania telah mengumumkan pemboikotan secara diplomatik terhadap sukan tersebut berhubung isu ini. Amerika Syarikat dan parlimen beberapa negara Barat telah menetapkan penindasan Beijing di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Tribunal Uyghur pada hari pertama pendengaran keterangan saksi penganiayaan terhadap etnik Uyghur di China, perbicaraan berlangsung di London pada 4 Jun 2021. (Gambar oleh TOLGA AKMEN/AFP/Getty Images)

Membacakan dokumen setebal 60 muka surat, pengerusi tribunal Sir Geoffrey Nice menyenaraikan pelbagai cara di mana PKC dan petugasnya di barat China telah melucutkan hak Uyghur dan menjadikan mereka sebagai subjek penganiayaan yang meningkat secara kumulatif sehingga ke tahap pembunuhan beramai-ramai. Nice memberi tumpuan kepada penganiayaan tahanan Uyghur di Xinjiang.

Asas undang-undang untuk klasifikasi ini sebahagian besarnya terletak pada duluan yang ditetapkan oleh Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, perjanjian antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 9 Disember 1948.

Layanan buruk tidak terkata

Penahanan beramai-ramai Uyghur diatur mengikut peringkat untuk pelbagai bentuk penindasan, penderaan, penghinaan, penyeksaan, dan pembunuhan di luar batas undang-undang. Nice memetik keterangan saksi dalam perbicaraan tribunal pada Jun dan September untuk menyokong ketetapan ini.

“Beratus-ratus ribu etnik Uyghur, dengan anggaran melebihi satu juta, telah ditahan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China (RRC) tanpa sebarang, atau apa-apa alasan yang cukup jauh, dan tertakluk kepada tindakan kekejaman, penghinaan, dan tindakan yang tidak wajar serta tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Seramai 50 tahanan pada satu-satu masa telah dihimpit ke dalam sel seluas 22 meter persegi, tanpa ruang yang mencukupi untuk berbaring di atas lantai, dipaksa menyerahkan diri mereka dalam senarai pandangan penuh banduan lain dan CCTV, dan menjadi subjek kepada kaedah penyeksaan seperti kuku dicabut dan dipukul dengan kayu. Pegawai telah menahan mereka di kerusi di mana kaki atau tangan mereka ditahan selama berjam-jam atau hari, dan merendam mereka dalam bekas sehingga paras leher yang mengandungi air sejuk. Ada yang telah dirantai dengan pemberat logam berat selama berbulan-bulan, kata Sir Geoffrey Nice.

Rogol dan keganasan seksual adalah perkara biasa. Seorang wanita muda, Nice berkata, telah menjalani penyeksaan dirogol beramai-ramai oleh anggota polis di hadapan seratus banduan lain, sebagai satu cara untuk menghantar mesej tentang apa yang akan berlaku kepada mereka atau orang lain jika mereka keluar dari barisan. Memasukkan rod kejutan elektrik ke dalam bukaan banduan wanita juga adalah perkara biasa, kata Nice. Menahan makanan untuk menghukum atau mengaibkan wanita adalah satu lagi kaedah penyeksaan dan penghinaan yang biasa.

Kesan kumulatif daripada pelbagai bentuk penganiayaan dan penyeksaan ini sama dengan pembunuhan beramai-ramai, kata Nice. Ada yang mungkin cuba menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan mempertahankan apa yang sebenarnya berlaku di barat China adalah cubaan jangka panjang untuk membawa etnik Uyghur berasimilasi dengan masyarakat China arus perdana, kata Nice. Tetapi Nice dan pasukan undang-undangnya tidak menghargai hujah yang sedemikian sama sekali.

Konvensyen Genosid 1948 mengambil tujuannya untuk kelangsungan kelompok bangsa dalam negara, etnik, dan agama, penentangan terhadap individu-individu, dan mengambil tindakan ke atas negara asing untuk menghalang penghapusan kelompok tersebut, kata Nice. Matlamat itu sama pentingnya pada 2021 seperti pada masa pelancaran konvensyen itu, katanya.

“Ada yang mungkin mengatakan apa yang berlaku di Xinjiang hanyalah dorongan kepada asimilasi kumpulan, asimilasi adalah sesuatu yang telah berlaku secara semula jadi sepanjang sejarah yang direkodkan, dan RRC mungkin hanya membawa tahap keselamatan dan sempadan yang lebih baik ke atas negara untuk mempunyai watak tunggal,” Nice berkata.

Pemikiran sedemikian adalah sangat salah, katanya. Sama ada cubaan melalui dorongan atau paksaan, asimilasi besar-besaran membatalkan nilai kepelbagaian yang nyata dalam kepelbagaian cara hidup manusia dan tabiat mereka, katanya.

“Boleh dikatakan kaedah pembunuhan beramai-ramai yang terlibat dalam penghakiman ini, pembunuhan beramai-ramai yang niatnya dibuktikan dengan jenayah lain terhadap kemanusiaan dan penggunaan penyeksaan, sememangnya serius,” kata Nice.

Gambar oleh Drew Angerer / Getty Images.

Memanggil genosid dengan namanya

Ahli politik dan rakyat persendirian yang bersuara menyokong Uyghur mungkin berbuat demikian atas salah satu daripada beberapa motif, kata Nice, termasuk rasa iri hati terhadap kejayaan China atau rasa ketakutan terhadap China, tetapi walau apa pun alasannya, jelas sokongan tersebut telah melampaui daripada yang dibenarkan. Ini adalah advokasi dan aktivisme berterusan para individu dan organisasi yang prihatin, yang akhirnya mungkin terbukti berkesan dalam menangani krisis hak asasi manusia. Walaupun tribunal bukan rasmi itu sendiri boleh membuat cadangan, namun kuasanya adalah terhad.

“Tribunal tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengenakan hukuman atau sekatan ke atas RRC atau individu dalam RRC. Ia hanya mengandaikan ahli politik, ahli masyarakat, NGO, dan individu berkuasa untuk sekatan, dan yang boleh membuat suara mereka didengari mengenai isu yang mungkin berkaitan dengan penghakiman ini, akan berbuat demikian,” kata Nice.

Kebanyakan maklumat yang dibentangkan dalam perbicaraan itu telah tersedia secara umum sejak sekian lama, katanya. Walaupun Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan kuasa lain telah mengambil beberapa tindakan ke atas isu Uyghur, tindakan dan kenyataan mereka adalah masih kurang, untuk menjelaskan misi dan tujuan Konvensyen Genosid.

Memandangkan tribunal itu telah menyiarkan penghakimannya secara terbuka, Sir Geoffrey Nice berkata, adalah diharapkan semua pihak yang menuntut tindakan diambil ke atas krisis itu yang bermula saat ini, akan memanggil penganiayaan terhadap Uyghur dengan nama yang betul dan menuntut pembunuhan beramai-ramai itu dihentikan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI