27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaPerlu tunggu 15-20 minit untuk tunggu tren seterusnya, netizen kritik sistem pengangkutan...

Perlu tunggu 15-20 minit untuk tunggu tren seterusnya, netizen kritik sistem pengangkutan awam Malaysia

Ramai yang mengadu jalan raya dan lebuh raya sentiasa sesak dengan kenderaan terutama di bandar-bandar besar di negara ini. Ketika hujan lebat keadaan menjadi jauh lebih buruk sehingga ada yang terkandas berjam-jam di atas jalan sahaja.

Masa itu muncul lah nasihat-nasihat kepada mereka supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Dengan penganggkutan awam, keadaan jalan raya tidak akan menjadi terlalu sesak dengan ribuan kenderaan di atas jalan raya dalam satu-satu masa terutama ketika waktu puncak.

Tiada yang salahnya dengan cadangan seperti itu. Menggunakan pengangkutan awam memang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya. Namun, masalah lain pula yang muncul iaitu sejauh mana efisiennya pengangkutan awam di Malaysia?

Walaupun menggunakan pengangkutan awam seperti bas, LRT, KTM, MRT atau Monorail adalah baik namun ianya adakalanya menambah masalah kepada sesetengah orang. Ya, memang pengangkutan awam di Malaysia bayak tetapi ianya masih banyak kelemahannya. Bas tidak banyak, KTM dan MRT selalu lambat, itu belum termasuk isu keselamatan di stesen yang rendah dan keadaan mesin tiket yang selalu rosak.

Walaupun banyak aduan pernah dibuat pengguna pengangkutan awam sebelum ini namun isu ini masih berpanjangan dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Baru-baru ini sebuah lagi luahan dibuat oleh seorang pengguna dengan mengatakan bahawa masa yang dihabiskan selama 15 hingga 20 minit untuk menunggu MRT adalah sesuatu yang tidak wajar.

Malaysia MRT (Mass Rapid Transit) train, a transportation for future generation.

Seorang pengguna Twitter, Faizal Hamssin, baru-baru ini meluahkan kekecewaannya menerusi satu ciapan di laman sosial itu dengan mengatakan dahulu dia sering menggunakan MRT namun sejak akhir-akhir ini dia lebih pilih untuk memandu untuk ke mana-mana.

“Menunggu 15-20 minit untuk kereta api bukanlah sesuatu yang patut diterima, untuk MRT. MRT tidak direka bentuk untuk menjadi rangkaian rel pinggir bandar seperti KTM,” katanya.

“Kereta api harus datang sekurang-kurangnya setiap 5 minit, pada waktu siang.”

Faizal kemudiannya memberikan beberapa cadangan tentang bagaimana pihak bertanggungjawab boleh menambah baik sistem pengangkutan awam di negara ini.

“Apabila Laluan SBK (MRT1) dilancarkan, MRT Corp mendedahkan bahawa kekerapan kereta api adalah setiap 3.5 minit – yang setanding dengan apa yang anda akan dapati di Singapura dan Bangkok,” tambahnya.

“Dari masa ke masa, kekerapan kereta api telah berubah – tetapi 15-20 minit tidak boleh diterima.”

Faizal menjelaskan bahawa kekerapan laluan MRT masih agak ‘OK’ sehingga Covid berlaku menyebabkan pengendali mengurangkan kekerapan. Namun memandangkan sudah ramai orang yang sudah kembali bekerja seharusnya kekerapa ditingkatkan semula memandangkan semakin ramai yang menggunakan penganggkutan awam untuk pergi dan balik kerja.

Ciapan yang dilakukan oleh Faizal itu telah mendapat perhatian ramai. Ramai netizen yang berkongsi pengalaman mereka serta kekecewaan mereka sendiri berhubung pengangkutan awam.

“Malaysia mempunyai pengangkutan awam yang lebih teruk daripada Tanzania dan pantai Timur AS,” kata seorang pengguna.

Sebilangan rakyat Malaysia juga menyatakan bahawa mereka telah membuat aduan kepada RapidKL berhubung kekerapan tren. Malangnya, tiada apa yang telah dilakukan.

“Sebagai pengguna harian MRT, ya, MRT kini seperti KTM. Saya telah mengadu berkali-kali kepada RapidKL tetapi tiada apa yang dilakukan.”

“Saya berharap mereka memperbetulkan jadual kereta api dan membenarkan penumpang menaiki kereta api seawal 5:30 pagi dan selewat-lewantnya 12:30 pagi,” komen seorang lagi pengguna.

“Saya bosan kerana terpaksa menunggu kereta api selepas bekerja. Saya akan ambil lesen memandu dan memandu juga,” kata seorang netizen.

“Sebagai seseorang yang menaiki MRT, saya bersetuju. Bayangkan perlu menunggu 15 minit untuk kereta api? Dalam 15 minit dengan motosikal saya mungkin boleh sampai separuh jalan menuju ke lokasi,” komen seorang pengguna pengangkutan awam.

Isu tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak RapidKL yang mengulas mengenai ciapan tersebut.

Mereka menjelaskan bahawa kekerapan tren mereka ialah 10 hingga 12 minit manakala kekerapan ketika waktu puncak ialah 4 minit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI