Amalan menabung satu perkara yang baik dan mulia untuk diamal. Biasa kita menabung dengan duit syiling dan ramai juga memasukkan wang kertas bersama-sama. Tambah lagi bersama wang kertas nilai besar macam RM50, RM100 begitu.
Tapi tahukah anda ada kes penabung mendapati wang kertasnya jadi berkarat angkara meletakkannya bersama-sama duit syiling dan tabungnya pula diperbuat daripada tin?
Bukan perkara biasa yang kita dengar, tetapi yang ini siap ada buktinya untuk kita saksikan.

Seorang pengguna Facebook dikenali Puan Lily memuat naik kisahnya dengan menulis perkara ini terjadi kepada sahabatnya sendiri. Sahabatnya itu telah menggabungkan wang kertas dan duit syiling di dalam bekas yang sama iaitu sebuah tabung tin.

Apa yang dia menjadi gundah gulana ialah nilai dalam tabung itu telah mencecah hampir RM1 ribu yang semuanya berkarat dan rosak. Nilai yang bukan sedikit, mungkin boleh cukup makan dan belanja untuk 2 bulan.

“Allahuakhbar… Sekadar perkongsian bersama, terjadi kepada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu saja. Semua duit-duit dia karat, mereput. Hancur bila hendak cuba buka lipatan,” tulis Puan Lily.
“Kalau ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM 1K lebur macam tu saja. Bawa pergi bank tak tahu lah bank nak terima ke tidak. Be strong sahabat!” tambahya.

Ekoran hantaran di Facebook itu, ramai warganet meninggalkan komen dengan memaklumkan wang yang rosak akibat berkarat itu boleh ditukar di Bank Negara atau bank terpilih.

Sebenarnya wang itu boleh ditukar di Bank Negara, asalkan masih mempunyai nombor siri. Masih terdapat sinar untuk mendapatkan wang itu kembali, jadi tidak perlu terlalu risau.


Sambil ada juga yang berkongsi ilmu dengan mengatakan tin sejenis logam yang bukannya jenis besi tahan karat, sememangnya akan berkarat walaupun tidak terkena air.

Jadi jangan menyimpan wang kertas dan syiling yang bercampur di dalam tabung tin lagi.

“Alhamdulillah..Terima kasih yang kongsi dan beritahu boleh tukar wang itu dan bank terima. Dia akan bawa pergi ke bank,” tulis Puan Lily.

Semoga dipermudahkan dan dapat ganti balik duit tu. Rakan Puan Lily berkata kalau tahu boleh jadi macam ini, memang dia tidak akan menabung wang ikut cara yang macam itu.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: