30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaAmbil makanan tetapi duit tidak bayar, 'rider' Foodpanda rugi RM100 lebih ditipu...

Ambil makanan tetapi duit tidak bayar, ‘rider’ Foodpanda rugi RM100 lebih ditipu pelanggan

Bukan mudah bekerja sebagai penghantar makanan atau ‘rider’. Setiap hari mereka perlu meredah hujan panas semata-mata untuk memastikan makanan yang dipesan pelanggan selamat sampai kepada mereka.

Ada yang agak beruntung memiliki motosikal tetapi ada juga yang mampu menggunakan basikal. Tidak hanya itu, ada juga penghantar makanan yang hanya berjalan kaki.

Bayangkan jika jarak dari kedai makan dan rumah pelanggan jauh? Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pasti kerja-kerja mereka menjadi lebih mencabar. Itu tidak termasuk ada yang mengalami kemalangan, dan ada juga kes apabila ada ‘rider’ yang ditipu pelanggan. Sudahlah kerja susah, ditipu lagi…

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang ‘rider’ Foodpanda yang terpaksa berputih mata akibat menjadi mangsa penipuan seorang pelanggan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @sokcantikkau, kelihatan seorang ‘rider’ Foodpanda sedang terduduk di kaki lima jalan raya yang berhadapan sebuah kilang.

Apa yang berlaku ialah dia telah datang untuk menghantar makanan yang dipesan oleh seorang pelanggan bernama ‘Nadia’ di kilang tersebut dan jumlah makanan yang dipesan adalah bernilai RM100.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila rupa-rupanya dia telah ditipu. Pelanggan tersebut dikatakan telah mengambil makanan tersebut dan menghilangkan diri selepas itu tanpa membayar harga makanan yang dipesan.

Penghantar makanan tersebut cuba untuk menghubungi pelanggan tersebut berkali-kali tetapi malangnya panggilan tersebut langsung tidak dijawab. Memandangkan pelanggan tersebut tidak membayar harga makanan itu, maka ‘rider’ tersebut yang perlu bertanggungjawab untuk membayar makanan tersebut kepada pihak kedai makan. Jadi, dia mengalami kerugian besar akibat kejadian tersebut.

Video tersebut kini telah tular di TikTok dan telah ditonton lebih daripada 800 ribu kali serta menerima lebih daripada 3000 komen netizen di laman sosial itu.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati mereka atas apa yang berlaku. Ada juga netizen yang mengutuk perbuatan yang dilakukan oleh pelanggan bernama Nadia itu kerana apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang tidak berhati perut.

Ada juga yang mahu membantu pemuda tersebut menjelaskan bayaran tersebut dan ada juga yang mendokan supaya dia dibalas dengan syurga di atas kesabarannya.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku lagi. Pihak Foodpanda mungkin tidak dapat mengawal semua pelanggan mereka tetapi mereka boleh wujudkan sistem yang lebih baik.

Mungkin selepas ini mereka boleh menggunakan sistem pembayaran dalam talian bagi pesanan yang melebihi RM50 misalnya. Jadi, jika pelanggan mahu memesan makanan yang banyak mereka perlu menggunakan ‘online banking’ dan usaha ini setidaknya boleh mengurangkan risiko penghantar makanan daripada ditipu seperti ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI