31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGaya HidupSempoi sahaja atuk ini main 'game' siap dengan kain pelekatnya, tahu-tahu dapat...

Sempoi sahaja atuk ini main ‘game’ siap dengan kain pelekatnya, tahu-tahu dapat hadiah besar!

Momen bersama keluarga adalah momen terindah yang pasti akan meninggalkan sejuta satu kenangan yang tidak mahu dilupakan. Setiap saat adalah detik yang berharga yang kalau boleh tidak mahu diakhiri. Walaupun setiap ahli keluarga pastinya punya perangai yang tersendiri, suka atau tidak kita perlu menerima mereka seadanya sama seperti bagaimana mereka menerima baik dan buruk kita.

Kalau berjumpa pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan bersama terutama jika masing-masing duduk berjauhan dan hanya berjumpa sekali sekali. Masa berjumpa itulah pelbagai aktiviti mahu diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau dahulu sebelum musim Covid-19 ramai yang suka membuat hari keluarga tetapi sekarang aktiviti seperti itu mungkin tidak sesuai dilakukan lagi.

Antara trend sekarang yang selalu dilakukan orang bersama keluarga mereka ialah dengan bermain permainan roll bersama dengan hadiah-hadiah yang disediakan. Ada yang meletakkan makanan ringan, dan ada juga yang meletakkan duit sebagai ganjaran. Apa yang dilakukan ialah dengan meletakkan hadiah di setiap ‘checkpoint’ tidak kira berapa nilainya.

Pemain kemudian perlu melontarkan botol air atau tin misalnya sehingga berhenti pada ‘checkpoint’ untuk mendapatkan hadiah yang ada di situ. Ada yang bertuah mendapat ‘hadiah utama’ yang sememangnya lebih besar ganjarannya jika dibandingkan dengan hadiah lain tetapi tidak semua bertuah boleh mendapatkannya.

Lain pula yang berlaku pada atuk ini apabila dia berjaya memenangi hadiah sejumlah wang tunai RM100 pada percubaan pertamanya. Jika dilihat pada gayanya yang sempoi siap dengan kain pelekatnya tiada yang menyangka dia akan memenangi hadiah utama.

Dia dengan selambanya terus melontar tin pada ‘track’ hadiah sehingga akhirnya tin tersebut berhenti tepat pada ‘checkpoint’ yang menyediakan RM100! Melihat akan kejayaannya itu, seluruh ahli keluarga bersorak gembira. Atuk ini juga nampaknya gembira dengan bangga dengan kemenangan yang mungkin dia sendiri tidak sangka.

Nampakanya gaya dia sahaja yang biasa-biasa tetapi rupa-rupanya dia punya ‘skill’ terpendam yang tersendiri. Memang terbaik!

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh Mike Seah di Facebook dan telah menarik perhatian netizen. Ramai yang turut gembira melihat kegembiraan keluarga tersebut dan ramai juga yang turut mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI